Malaysia Oversight

Albert dedah skandal ‘monopoli industri besi buruk’

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 4 minute
Albert dedah skandal ‘monopoli industri besi buruk’


Ahli perniagaan Albert Tei, yang mendedahkan skandal perlombongan Sabah melibatkan ramai ahli politik ahli politik, kini mendedahkan satu lagi kes.

Tei mendakwa memainkan peranan dalam dakwaaan percubaan pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joachim Gunsalam untuk memonopoli industri besi buruk negeri ketika berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan industri.

Dia juga mencabar Gunsalam – yang menafikan dakwaan itu – untuk membuat laporan polis jika dakwaan itu palsu.

Untuk menyokong dakwaannya, Tei menunjukkan surat rasmi yang dikatakan dari tahun 2022 – satu didakwa ditandatangani oleh Gunsalam dan satu lagi oleh timbalan presiden PBS Jahid Jahim, yang juga menteri pembangunan luar bandar.

Terdahulu kedua-dua pemimpin PBS sudah dikaitkan dengan skandal lesen perlombongan.

Tei mendakwa bahawa peranannya dalam usaha besi buruk itu adalah untuk menubuhkan syarikat proksi bagi pihak mereka untuk mendapatkan kelulusan rasmi.

“Oleh sebab mereka berdua adalah menteri yang diklasifikasikan sebagai ‘VVIP’ berkuasa dan berpengaruh di Sabah, saya terpaksa ikut suruhan mereka untuk melakukannya. 

“Namun saya telah tarik diri daripada kegiatan monopoli tersebut pada hujung tahun 2022 apabila saya rasa perbuatan mereka adalah salah serta bercanggah dengan undang-undang.

“Saya mempunyai semua dokumen dan bukti untuk membuktikan perkara ini. Saya mencabar mereka untuk membuat laporan polis jika dakwaan ini palsu,” katanya kepada Malaysiakini dalam kenyataan.

84e8ad6897180d5bfb26347edd1af173
Albert Tei

Tei mendakwa Gunsalam merancang untuk mendapatkan hak eksklusif bagi syarikat proksi itu untuk mengeksport besi buruk keluar dari Sabah.

“Bermakna selepas pengendali eksklusif tersebut dilantik oleh kementeriannya, tiada sesiapa pengusaha besi buruk dibenarkan untuk mengeksport besi buruk keluar dari Sabah secara langsung selain daripada pengendali eksklusif tersebut. 

“Kesemua pengusaha besi buruk hanya boleh menjual hasil pengumpulan mereka kepada pengendali eksklusif tersebut dengan harga yang murah, manakala pengendali eksklusif tersebut mengaut keuntungan besar melalui kaedah monopoli yang dirancangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Gunsalam mendakwa Tei yang mahu memonopoli perniagaan besi buruk, tetapi dia menolak permintaannya.

“Kerana sudah ada begitu banyak peniaga besi buruk di Sabah. Mereka mahu menggunakan syarikat seperti GLC untuk mengawal semua, tetapi ia tidak mungkin. Jadi saya memberitahu dia begitu,” dia memberitahu Malaysiakini.

Apabila dinyatakan bahawa terdapat surat dia memberikan “kelulusan”, Gunsalam merujuknya sebagai “surat sokongan.”

“Itu sokongan, sokongan, disokong. Tetapi itu tidak bermakna bahawa (negeri) akan bersetuju dengannya, dan berdasarkan itu, semua ini tidak jadi kerana (negeri) tidak setuju,” dia menambah.

Dalam surat yang didakwa kepada syarikat Tei (yang namanya disunting) bertarikh 14 April 2022, Gunsalam menyatakan bahawa kementeriannya ketika itu, pada dasarnya, “bersetuju” dengan cadangan untuk membentuk entiti tujuan khas (SPV), tertakluk kepada kelulusan Sabah.

“Tindakan susulan akan diambil segera. Kerjasama dan perhatian daripada (disunting) amat dihargai. Terima kasih,” tertera di surat itu, yang tertera kepala surat pejabat timbalan ketua menteri dan Kementerian Pembangunan Industri.

54c438e9ef7ef303636a00ae0efd6b72

Dalam surat lain yang didedahkan oleh Tei, yang bertarikh 7 Mac 2022, menteri pembangunan luar bandar Jahid menulis kepada Gunsalam memohon kelulusan untuk menubuhkan SPV.

Cadangan itu untuk menubuhkan SPV bernama Sabah Scrap Solution Sdn Bhd, bagi dilantik sebagai ‘pengendali khas’ dengan kontrak 10 tahun, untuk memantau dan memastikan pelaksanaan dan kutipan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas sisa besi buruk yang dieksport dari Sabah, berkuat kuasa mulai 1 Feb 2022.

Jahid merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh sebuah firma pada 28 Feb 2022, yang dikaji semula dan disokong untuk pelaksanaan. Syarikat itu, yang dimiliki oleh Tei, namanya disunting.

“Berdasarkan cadangan itu, faktor yang paling penting adalah ia dapat membantu dan menjaga kebajikan peniaga kecil dalam industri ini, yang kebanyakannya daripada kumpulan B40 dan amat memerlukan perhatian dan keprihatinan kerajaan.

“Sehubungan itu, bagi membantu mereka yang kebanyakannya daripada kumpulan B40 dan ke bawah, saya menyokong penuh cadangan itu,” tertera di surat itu, yang tertera kepala surat pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Malaysiakini telah menghubungi Jahid dan pembantunya untuk mendapatkan ulasan.

Tei membuat dakwaan baharu itu selepas Joachim menafikan menerima RM600,000 dalam rasuah daripada ahli perniagaan itu berhubung skandal perlombongan dan menuduh Tei cuba memonopoli perlombongan mineral di negeri itu.

f7242c387f9af3caa9139b851161b3b3
Joachim Gunsalam

Menjawab perkara ini, Tei mendakwa dalam kenyataannya bahawa Gunsalam cuba menjadikan dakwaan itu sebagai “derma politik”.

“Saya sekali lagi menuntut beliau mengemukakan surat, resit, penyata bank atau apa-apa dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa beliau meminta atau menerima sumbangan politik daripada saya.

“Lebih daripada sedozen dan speaker DUN yang terkantoi dalam kegiatan rasuah pun memberikan alasan yang sama iaitu sumbangan politik atau pinjaman. 

“Namun apabila saya menuntut dokumen-dokumen untuk menyokong alasan mereka, tiada seorang pun dapat mengemukakan buktinya kerana hakikatnya adalah rasuah,” katanya.

Setakat ini, Tei dan dua anggota Dewan Undangan Negeri yang didedahkannya dituduh berhubung kes itu. Nasib yang lain, termasuk dua timbalan ketua menteri dan menteri kanan negeri, belum jelas.

6050c4e1b484d0843b7f804a1fbef6b9


112f503b8cdd442d2846063d8c78923c
de9a79d594073b12ba5b251e3d39622e



Source link