Malaysia Oversight

Albert beri keterangan 98 muka surat, peguam selar SPRM

By MkiniBM in October 17, 2025 – Reading time 3 minute
Albert beri keterangan 98 muka surat, peguam selar SPRM


Ahli perniagaan Albert Tei memberi keterangan selama enam jam di ibu pejabat SPRM di semalam berhubung dakwaan rasuah membabitkan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan dan lima lagi ahli politik kanan Sabah.

Lima individu tersebut ialah timbalan Jeffrey, Ellron Alfred Angin dan Robert Tawik, Presiden sementara PBS Dr Joachim Gunsalam, pendahulunya Maximus Ongkili, dan Timbalan Presiden, Jahid Jahim.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tei berkata dia memberi keterangan sepanjang 98 muka surat kepada pegawai penyiasat.

Dalam kenyataan susulan, peguam Tei, Mahajoth Singh mengkritik SPRM kerana didakwa membuat ugutan, tidak ikut prosedur, dan gagal bertindak terhadap dakwaan intimidasi serius.”

Dia berkata seorang pegawai mengarahkannya keluar dari bilik siasatan ketika dia ingin mendapatkan penjelasan mengenai status undang-undang anak guamnya, dan juga gagal menjawab dakwaan bahawa seorang pegawai tinggi SPRM sebelum ini mengugut anak guamnya supaya tidak tampil mendedahkan skandal perlombongan tersebut.

“Seperti sesi sebelumnya, saya dibenarkan menemani anak guam saya ke bilik soal siasat. Sebelum kenyataan diambil, saya minta penjelasan sama ada dia disoal sebagai saksi, suspek, atau pemberi maklumat.

065d24498a243245e33323a4c3d99b8a

“Penjelasan ini penting kerana ia menentukan hak dan perlindungan undang-undang terhadap orang yang disiasat.

“Namun, bukannya diberi jawapan jelas, seorang pegawai (bukan pegawai kes) b ahkan mengugut untuk mengeluarkan saya dari bilik dan pada satu ketika meminta saya keluar.

“Ini sangat mengejutkan dan membimbangkan, memandangkan saya sebelum ini hadir tanpa sebarang masalah semasa sesi anak guam saya dengan SPRM,” tambahnya.

Tingkah laku tidak wajar

Mahajoth berkata dia kemudian dibenarkan berada di bilik berkenaan selepas meminta notis bertulis rasmi untuk tujuan itu.

“Kelakuan sebegini tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip asas keadilan. Hak untuk mendapatkan peguam tidak sepatutnya bergantung kepada ugutan atau budi bicara pegawai.

“Pendekatan tidak konsisten SPRM – kadang membenarkan peguam, kemudian mengugut diusir tanpa alasan – menimbulkan kebimbangan tentang integriti prosedur dan penghormatan terhadap undang-undang,” tambahnya.

Dia juga mengkritik suruhanjaya itu kerana gagal menangani isu penting yang menjadi perhatian umum semasa sesi tersebut.

“Walaupun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M Kulasegaran, memberi jaminan bahawa ‘tidak akan berkompromi terhadap isu ugutan atau intimidasi’, SPRM gagal mengangkat dakwaan serius bahawa seorang pegawai tinggi dalam suruhanjaya tersebut sebelum ini menasihati anak guam saya supaya tidak meneruskan aduannya.

26906358affbb5acf88c07b53cda2984

“Ketiadaan isu penting ini menjejaskan keyakinan awam terhadap jaminan menteri dan komitmen SPRM terhadap ketelusan dan akauntabiliti,” tambahnya.

Mahajoth berkata sejak awal, anak guamnya telah bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat dalam mendedahkan skandal perlombongan di Sabah.

“Beliau tampil secara sukarela dan menyerahkan dossier 300 muka surat kepada SPRM, yang mengaitkan beberapa ahli dewan dengan rasuah. Beliau memberi kenyataan, kerjasama penuh, dan bahkan menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Namun, walaupun jelas dan lengkap dengan bukti, SPRM gagal bertindak tegas. Berbulan-bulan berlalu tanpa kemajuan atau kepastian sama ada baki ahli dewan akan didakwa.

“Sikap memilih-milih ini menunjukkan realiti membimbangkan; mereka yang ada hubungan politik nampaknya dilindungi, manakala pemberi maklumat yang berani tampil dibiarkan berhadapan sistem seorang diri,” tambahnya

Dia mengingatkan SPRM bahawa tugas suruhajaya itu adalah untuk memerangi rasuah – bukan menutup mata terhadapnya.

“Apabila mereka yang diberi tanggungjawab untuk menegakkan integriti memilih untuk tidak bertindak, mereka menjadi sebahagian daripada masalah. Rakyat Malaysia berhak mendapat badan anti-rasuah yang bertindak tanpa takut atau pilih kasih, bukan yang memilih siapa untuk dilindungi,” tegasnya.



Source link