Malaysia Oversight

Albania Melantik AI Menjadi Menteri Bagi Menentang Masalah Rasuah

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Albania Melantik AI Menjadi Menteri Bagi Menentang Masalah Rasuah


Albania Melantik AI Menjadi Menteri Bagi Menentang Masalah Rasuah

September 12, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Isu rasuah melibatkan menteri dan penjawat awam ialah pandemik yang masih belum berjaya dihapuskan. Di Malaysia bekas Perdana Menteri sudah meringkuk di dalam penjara dan beberapa lagi sedang menanti untuk dibicarakan kerana korupsi melibatkan puluhan bilion Ringgit.

Albania ialah negara Balkan yang juga bergelut dengan isu korupsi melibatkan agensi . Semalam Albania melantik Delia, sebuah chatbot AI sebagai menteri kabinet dengan tujuan khusus menentang rasuah pemberian kontrak .

Otak Kecerdasan buatan

Delia yang bermaksud matahari ialah menteri kabinet pertama bukan manusia Albania dan juga dunia. Kerana ia bukan manusia ia tidak boleh menerima rasuah, dipuji, dilobi, digoda atau diancam untuk memberikan kontrak kepada individu tertentu.

Ini adalah satu tindakan yang drastik dan agak menarik. Sebelum ini Perdana Menteri Sweden dikecam rakyat selepas mengaku menggunakan ChatGPT bagi mendaratkan idea mengenai polisi yang boleh digunakan pentadbiran beliau.

Dengan Malaysia ingin menjadi negara ke arah AI di bawah RMK13, mungkin kita juga boleh cuba melantik chatbot menjadi menteri. Tidak perlu bayar elaun, beli kenderaan rasmi dan membayar konvoi apabila di atas jalan raya.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link