Malaysia Oversight

Aktivis tunjuk perasaan ketika pelancaran iPhone17 di pusat beli-belah

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 3 minute
Aktivis tunjuk perasaan ketika pelancaran iPhone17 di pusat beli-belah


Sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan Store di pusat beli-belah The Exchange TRX semalam.

Protes tersebut berhubung boikot terhadap produk gergasi teknologi tersebut, yang didakwa terkait dengan genosid Israel di Gaza.

Flash mob itu itu diadakan ketika pelancaran 17 baru di kedai berkenaan, yang merupakan satu-satunya Store rasmi di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Malaysian Daily Protest for Palestine di Instagram, kira-kira 20 penunjuk perasaan dilihat melaungkan slogan menyeru kebebasan Palestin dan Congo.

Kumpulan itu turut dilihat menyanyikan lirik yang menyindir syarikat Amerika tersebut mengikut melodi lagu ikonik Do You Hear the People Sing? daripada muzikal terkenal Les Misérables.

Beberapa individu dipercayai kakitangan keselamatan dan pekerja kedai dilihat cuba merampas kain rentang yang dipegang kumpulan berkenaan, namun tidak berjaya.

Difahamkan, kumpulan itu bersurai secara aman selepas protes.

‘Jangan hanya ikut trend’

Dalam hantaran berasingan hari ini, akaun Malaysian Daily Protest for Palestine menyatakan sokongan terhadap protes tersebut, sambil menggesa orang ramai agar sedar “syarikat-syarikat besar ini bersubahat dalam krisis-krisis kemanusiaan di dunia ini.”

“Jangan hanya ikut trend dan berbangga dengan gajet baru tapi sebenarnya duit anda menyumbang kepada kematian manusia-manusia yang tertindas,” katanya.

Hantaran itu turut menyenaraikan dakwaan salah laku , antaranya memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa berkaitan penempatan haram.

Katanya, teknologi Apple dikaitkan dengan perisian intipan Pegasus milik Israel, yang digunakan untuk memantau wartawan, aktivis dan pembela hak asasi Palestin yang melanggar hak kebebasan asas.

“Apple secara terbuka mengisytiharkan pada 9 Oktober 2023 bahawa ia ‘stand with Israel’, mengabaikan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang terdokumen.

“Di bawah CEO Tim Cook, Apple telah menyamai derma pekerja kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan organisasi yang menyokong penempatan haram,” dakwanya.

Laman itu juga menegaskan terdapat laporan boleh dipercayai bahawa Apple memecat pekerja Palestin serta pro-Palestin, selain menyekat ungkapan solidariti dalam syarikat itu terhadap Gaza.

‘Mineral berdarah’

Selain itu, hantaran tersebut merujuk kepada aduan jenayah yang difailkan di Perancis dan Belgium oleh Republik Demokratik Congo terhadap anak syarikat Apple, yang dituduh menggunakan “mineral berdarah”.

Peguam mewakili Congo dilaporkan berhujah bahawa Apple bersubahat dalam jenayah yang dilakukan kumpulan bersenjata yang mengawal sebahagian lombong di timur negara Afrika Tengah itu.

Bagaimanapun, Apple menegaskan pihaknya “menafikan sekerasnya” dakwaan tersebut dan komited terhadap penyumberan mineral secara bertanggungjawab.

012e874b1644148e610076e8f9adc150

Menurut hantaran itu, rantaian bekalan mineral, termasuk kobalt, dikaitkan dengan buruh kanak-kanak, kemusnahan alam sekitar dan pembiayaan keganasan bersenjata.

“Penyiasatan oleh Amnesty International dan The Guardian mengesahkan rantaian bekalan kobalt Apple disambungkan kepada lombong artisan di mana kanak-kanak dan wanita mengandung bekerja dalam keadaan berbahaya.

“Amalan ini menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan dan ketidakstabilan di rantau tersebut,” katanya lagi.

Kumpulan advokasi itu menggesa orang ramai memboikot peranti baru Apple, sebaliknya memanjangkan jangka hayat peranti sedia ada melalui khidmat baik pulih pihak ketiga.

Selain menyeru pembatalan langganan perkhidmatan berbayar Apple seperti iCloud+, Apple Music, dan Apple TV+, ia juga menggesa orang ramai menuntut ketelusan daripada Apple berhubung dakwaan salah laku tersebut.

Katanya lagi, perlu didesak untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang ketekunan wajar (due diligence) yang ketat terhadap rantaian bekalan dan import teknologi, dengan mengenakan penalti ke atas pelanggaran hak asasi manusia.



Source link