Malaysia Oversight

Aktivis sejarah cadang pingat pada polis terkorban serangan 50 tahun lalu

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Aktivis sejarah cadang pingat pada polis terkorban serangan 50 tahun lalu


dicadang menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada lapan anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang terkorban dalam serang hendap komunis di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao, Thailand pada 18 Jun 1975. 

Cadangan itu dikemukakan oleh pengkaji sejarah bebas Mohd Azlan Mohd Sharif, yang juga anggota seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia, melalui surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 26 Oktober.

Lapan wira negara itu adalah Sai’an Salimin, Mohd Nor Tumin, Suparman Nasiron, Alizar Sarunan, Ma’an Ahmad Siraj, Abu Nordin Ibrahim, Zahid Jumangat dan Madiun Abdul Wahab.

1bad49e45b3d113415792dd7efa92617
Mohd Azlan Mohd Sharif

Ketika dihubungi Malaysiakini, Azlan berkata dia melakukan kajian lapangan bagi menjejak maklumat dan pusara kesemua wira asal daripada Batalion 6 PPH itu. 

Namun hanya dua daripada mereka mempunyai maklumat lengkap iaitu Sai’an dan Mohd Nor yang dikebumikan di Parit Mantan dan Kampung Baharu Senggarang di Batu Pahat, Johor.

Enam lagi, katanya, masih gagal dikesan walaupun sudah 50 tahun tragedi itu berlaku.

Azlan turut berharap pihak polis membina papan tanda sejarah khusus bagi mengenang enam lagi wira PPH selepas pusara mereka dikenal pasti. 

314c2f7d18231f6f1f7b5967ece89af2

Setakat ini, katanya, dia memasang sendiri papan tanda sejarah di pusara Sai’an dan Mohd Nor.

Nama kesemua lapan wira itu tercatat di Muzium PDRM Kuala Lumpur, Tugu Peringatan Sintok Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Dataran Pahlawan .

Ketika laporan ini ditulis, Azlan belum mendapat sebarang maklum balas daripada KDN.



Source link