Malaysia Oversight

Aktivis Sabah kecam Fahmi, MCMC ‘bungkam’ kebebasan bersuara

By MkiniBM in April 29, 2025 – Reading time 3 minute
Aktivis Sabah kecam Fahmi, MCMC 'bungkam' kebebasan bersuara


Seorang aktivis hak asasi manusia dari Sabah hari ini menyelar Menteri Komunikasi, Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang disifatkannya bertindak keras baru-baru ini terhadap kebebasan bersuara.

Bercakap pada majlis perbincangan di Kuala Lumpur, Mukmin Nantang wakil NGO Borneo Komrad menyifatkan tindakan pihak berkuasa sebagai “tidak masuk akal” kerana menyiasat seorang pempengaruh media sosial hanya kerana dia berniat untuk “scrut” (menganalisis) kewangan anak Perdana Menteri Ibrahim, .

Perkataan “scrut” ialah slanga internet untuk meneliti atau menyiasat dengan mendalam.

Berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan pengawal selia internet, Mukmin berkata telefon pintarnya disita pada Februari lalu gara-gara satu hantaran di Facebook yang menyatakan setia kawan kepada Sitti Bandorah Mahalil, seorang wanita Bajau Laut yang menghadapi pengusiran di Semporna.

5162e7506faeedcf88aebff14e78a3db

“Jadi sampai terakhir sekali, paling lucu Februari lalu, saya disiasat bawah SKMM dan dirampas telefon saya gara-gara saya bersolidariti.

“Posting saya itu adalah solidariti kepada Hajah Bandorah.

“Posting itu yang disiasat dan menyebabkan telefon saya ditangkap,” kata aktivis itu.

Bajau Laut terus ditindas

Mukmin, pengasas kumpulan Borneo Komrad salah seorang daripada tiga panelis dalam forum anjuran Amnesty International Malaysia (TI-M) di ibu negara pagi tadi.

Dia membincangkan isu berkaitan kebebasan bersuara di Malaysia bersama moderator Vilasini Vijandran daripada TI-M dan dua panelis lain, Deborah Augustin dan Dineshawara Naidu.

Terdahulu, Mukmin berkongsi kepada hadirin mengenai bentuk gangguan yang dihadapi oleh aktivis Borneo Komrad semasa memperjuangkan hak komuniti Bajau Laut dan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah.

Dia berkata ramai dalam kalangan ahli mereka telah disiasat dan ditahan sejak kumpulan itu memulakan projek “Sekolah Alternatif” untuk kanak-kanak tanpa dokumen pada 2015.

Dia menyebut satu kes, seorang guru Borneo Komrad dituduh terlibat dalam pemerdagangan manusia.

‘Kebebasan akademik masih terhad’

Berkaitan isu lain, Mukmin turut mengkritik kerana didakwa menyekat ahli akademik dan pelajar, termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Walaupun negara ini mempunyai ramai ahli akademik yang berkualiti, beliau mendakwa ramai di antara mereka tidak dapat bercakap atau menulis secara bebas kerana takut kepada tindakan .

“Sampai skrg masih ada panggilan2 drpd pentadbir, jika menulis sesuatu yg x digemari

“Saya fikir sampai bila-bila kita takkan dapat pandangan-pandangan yang jujur daripada warga-warga yang terdidik.

“Kalau pasal kebebasan akademik, jujur saya cakap, kadang-kadang kita mual baca kajian-kajian akademik di universiti kalau pensyarah-pensyarah terlalu disekat untuk nyata kebenaran.

“Kita ada pensyarah-pensyarah yang bagus. Tapi kalau geran-geran, template yang kerajaan mahukan, content yang boleh sedapkan hati kerajaan saja.

“Akhirnya kita takkan dapat baca realiti yang sebenar yang berlaku. Itu yang menghampakanlah,” katanya.

Sebagai contoh, Mukmin berkata telah banyak kajian akademik dijalankan mengenai isu Bajau Laut dan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Walaupun dana besar telah digunakan namun nasib komuniti itu tidak berubah.

“Contoh isu Bajau Laut, isu stateless, byk kajian-kajian.

“Bermakna kita telah membelanjakan jutaan ringgit untuk kajian-kajian ini.

“Tapi akhirnya solusinya apa? Akhirnya tidak boleh cakap, tidak boleh secara jujur nyatakan ini masalah daripada pemerintah, ada korupsi berlaku, ada pelanggaran hak asasi berlaku,” katanya.

Akhir sekali, Mukmin mencadangkan agar Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), yang akan bersidang di Geneva pada Jun ini, menyoal perwakilan Malaysia mengenai pendirian kerajaan terhadap komuniti Bajau Laut.

[Baca berita asal]



Source link