Malaysia Oversight

Aktivis desak Anwar letak jawatan PM, jadi menteri luar

By MkiniBM in June 15, 2025 – Reading time 3 minute
Aktivis desak Anwar letak jawatan PM, jadi menteri luar


Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi menggesa Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebaliknya dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Gesaan itu dibuat susulan keputusan pihak polis menutup siasatan terhadap kematian misteri Teoh pada tahun 2009, yang kini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Dalam satu kenyataan, Pengerusi persatuan itu, Ng Yap Hwa menyatakan kekecewaannya terhadap kerana berdiam diri berhubung keputusan pihak polis itu.

“Ketika bertemu keluarga Teoh pada Ogos 2024, beliau berjanji akan membuka semula siasatan kes Teoh berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Namun begitu, pihak polis terus mengabaikan keputusan mahkamah yang menyatakan bahawa Teoh telah dibunuh dan bahawa pegawai SPRM adalah suspek. Polis enggan mengumpul bukti baru untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas kematian dalam tahanan di pejabat SPRM.

“Ini membuktikan bahawa Anwar telah sepenuhnya mungkir janji,” katanya.

Ng berkata, Anwar enggan menjemput pakar forensik antarabangsa untuk menyertai siasatan, dengan alasan pegawai polis terdahulu telah bersara dan pasukan polis baru perlu menjalankan siasatan semula.

“Sekarang, keputusan NFA membuktikan bahawa keputusan Anwar adalah salah sepenuhnya, dan beliau telah melepaskan peluang bersejarah terbaik untuk menegakkan keadilan terhadap Teoh Beng Hock, bekas kakitangan negeri ,” katanya.

Ng turut mengkritik Anwar yang menurutnya hanya memperjuangkan keadilan sebelum berkuasa, tetapi meninggalkan perjuangan tersebut setelah dipilih sebagai perdana menteri.

bb38eb589cfc801bf6878c54fe1e8c50

Katanya, sikap tidak ambil peduli dan janji yang dimungkiri oleh Presiden itu mencemarkan jawatannya sebagai perdana menteri serta menunjukkan bahawa semangat reformasi dalam dirinya ‘telah mati’.

“Sekiranya Anwar terus mengabaikan kes Teoh dan isu hak asasi manusia lain dalam negara yang berkaitan dengan keadilan, serta mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia, kami menggesa beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Beliau tidak lagi layak memegang jawatan itu. Sebaliknya, Anwar boleh berkhidmat sebagai Menteri Luar atau Duta ke Timur Tengah untuk terus bersuara mengenai anti-hegemoni dan anti-penindasan di pentas antarabangsa,”katanya.

49d5cd32246ab07a0f5dac92edee11c6

Pada tahun 2009, Teoh yang merupakan pembantu kepada Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas sesi soal siasat semalaman di pejabat SPRM yang ketika itu beribu pejabat di Plaza Masalam, Shah Alam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja pada tahun 2011 memutuskan kematian Teoh akibat bunuh diri berikutan tekanan semasa soal siasat. Namun, pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seseorang atau beberapa orang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh, termasuk pegawai SPRM.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis melengkapkan siasatan dalam tempoh enam bulan selepas hakim Mahkamah Rayuan, Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh ibu bapa Teoh.

Pada awal Februari, polis menyatakan bahawa mereka akan mengguna pakai teknologi pengimbas tiga dimensi (3D) bagi membina semula lokasi kejadian untuk membantu siasatan baru itu.

Namun pada hujung bulan tersebut, keluarga Teoh mendakwa pihak polis berulang kali menyoal siasat mereka, dan bukannya pegawai SPRM yang terlibat dalam kematian Teoh.

Pada April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain mendakwa keluarga Teoh tidak memberikan kerjasama, namun dakwaan itu dinafikan oleh pihak keluarga.

Shuhaily turut berkata siasatan menghadapi pelbagai kekangan.

“Ini ialah siasatan yang terhad dari sudut sumber kerana kes telah berlaku 15 tahun lalu dan ada juga saksi yang tidak dapat kita temu bual semula,” kataya.

Pada 21 Mei, pihak polis dilaporkan telah memaklumkan kepada peguam keluarga Teoh, Ramkarpal Singh, bahawa siasatan diklasifikasikan sebagai NFA.



Source link