Aksesori Panel Belakang, Lensa dan Dompet CMF Phone 2 Pro Tidak Dijual Di Malaysia
April 30, 2025
•
Effi Saharudin
CMF Phone 2 Pro dilancarkan secara rasmi lewat Isnin lalu pada harga RM1199. Seperti CMF Phone 1, keunikan peranti ini terletak pada aksesori modular yang ditawarkan. Tetapi di Malaysia, pihak CMF mengesahkan hanya tali lanyard sahaja akan dijual secara rasmi.

Aksesori panel belakang dengan magnet, lensa mata ikan, lensa makro dan dompet merangkap tongkat walau bagaimanapun tidak akan ditawarkan. Ini adalah selepas melihat kepada sambutan pengguna di Malaysia ke atas beberapa aksesori yang ditawarkan dengan CMF Phone 1 tahun lalu.
Turut disahkan ialah versi waran hijau juga kekal eksklusif untuk pasaran India dan Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini. Di Malaysia warna putih, oren dan hitam sahaja ditawarkan.
CMF Phone 2 Pro hadir dengan skrin 6.77″ AMOLED 120Hz, dijana cip Dimensity 7300 Pro, memori 8GB RAM, storan 256GB, bateri 5000 mAh, kamera utama 50+8+50 MP dan kamera hadapan 12MP. Peranti kini melepasi piawaian IP65 dan turut mempunyai butang tambahan untuk mengawal kamera serta menyeru pembantu maya.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.