Malaysia Oversight

AKSB yakin dapat selesai ikut jadual

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 1 minute
AKSB yakin dapat selesai ikut jadual


mengakui syarikat Air Sdn Bhd (AKSB) mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan akan menyelesaikan hutang itu secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar , Dr Izani Husin, berkata tunggakan itu berlaku antaranya disebabkan pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga AKSB tidak dapat keluar membuat kutipan.

Pada masa sama, katanya, ada dalam kalangan rakyat Kelantan yang tidak membayar bil kerana bekalan air ketika itu kerap tiada.

“Berhubung kes ini, pihak TNB sudah datang berjumpa dengan kita ( negeri) dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian namun belum dimuktamadkan.

“Kita akan adakan semula perbincangan lanjut dengan TNB untuk menentukan jadual pembayaran.

“Malah, berdasarkan pengurusan AKSB yang bertambah baik ketika ini, insya-Allah kita akan selesaikan hutang mengikut jadual berkenaan,” katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Izani berkata AKSB sebelum ini sudah melunaskan tunggakan bayaran bagi bil elektrik yang lama mengikut jadual, namun ada beberapa jajahan dikenal pasti masih mempunyai tunggakan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Fadillah Yusof berkata AKSB memiliki tunggakan bil elektrik kira-kira RM61 juta dengan TNB sehingga 30 Jun lepas.

Bernama



Source link