Malaysia Oversight

AKPS tahan lelaki warga China tinggal lebih masa

By TheSun in August 3, 2025 – Reading time 1 minute
AKPS tahan lelaki warga China tinggal lebih masa


ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah menahan seorang lelaki warga yang disyaki tinggal lebih masa semasa cuba keluar dari Malaysia ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari semasa pemeriksaan dokumen rutin.

“Pemeriksaan Imigresen terhadap pasport suspek menunjukkan kemasukan terakhirnya ke Malaysia telah direkodkan pada 30 Mei lalu di Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.

“Endosmen Lawatan Sosial suspek didapati telah tamat tempoh dan tiada endosmen keluar dari Thailand yang menandakan dia kekal berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan iaitu selama 34 hari,” katanya.

AKPS memaklumkan suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

“AKPS menasihatkan orang ramai terutamanya warga asing yang berada di Malaysia untuk sentiasa peka dengan tarikh luput mereka dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melanjutkan atau meninggalkan negara sebelum tempoh berakhir bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

“Penangkapan ini menyerlahkan usaha berterusan AKPS untuk memastikan peraturan Imigresen dan keselamatan sempadan terus dipelihara,” katanya.- BERNAMA



Source link