Malaysia Oversight

Akmal nak turun P Pinang untuk ajar ‘ah pek’ cara pasang bendera

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 2 minute
Akmal nak turun P Pinang untuk ajar 'ah pek' cara pasang bendera


Pemuda akan mengadakan kunjungan ke sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang pada Isnin ini susulan insiden memasang bendera terbalik oleh pemiliknya.

Menurut jemputan yang dihantar sekretariat media sayap parti itu, himpunan yang diberi nama “Himpunan Maruah Tanah Airku” itu akan diadakan di kedai perkakasan berkenaan di Kepala Batas pada jam 12 tengah hari esok.

Tindakan ini susulan pengumuman Ketua Pemuda , Dr Akmal Salleh untuk mengunjungi kedai berkenaan dan “mengajar” pemiliknya cara memasang Jalur Gemilang dengan betul.

“Saya datang hari Isnin ni, saya nak ajak semua kawan-kawan saya satu Malaysia kita datang kat kedai ah pek ni, jam 12 tengah hari.

“Kita datang kat kedai dia dengan syarat bawa bendera Malaysia supaya kita boleh ajar ah pek dua orang ni macam mana cara nak pasang bendera Malaysia.

“Jadi, dua orang ah pek you tunggu wa datang cari lu untuk ajar lu bagaimana kita nak pasang bendera Malaysia,” kata Akmal.

‘Ah pek’ ialah istilah percakapan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada lelaki warga emas berbangsa Cina.

Insiden kesilapan memasang bendera terbaru itu tular di media sosial semalam selepas akaun Facebook atas nama Nazirul Hafiz memuat naik video 20 saat yang menunjukkan seorang lelaki memegang bendera secara terbalik pada sebatang tiang, manakala seorang lagi merakamnya.

fe8116c249f69a96dd5dd5e28d221e83

Video itu kemudian dikongsi oleh Akmal yang mengecam individu berkenaan sebagai “pengkhianat” negara dan menggesa mengambil tindakan terhadap mereka.

Merlimau itu juga secara sinis bertanya sama ada individu terlibat juga orang kurang upaya (OKU), dipercayai merujuk kepada kenyataan pemimpin DAP yang mendakwa individu di sebalik insiden serupa di sebuah sekolah vernakular di Negeri Sembilan sebelum ini adalah OKU.

Pada hari sama, akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah, melaporkan bahawa Feng menjelaskan dia ketika itu sedang mengukur panjang tiang besi untuk menggantung bendera Jalur Gemilang, dan tidak menyedari bahawa bendera tersebut dipasang terbalik.

Menurut laporan Bernama, polis telah memulakan siasatan terhadap insiden itu di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Source link