Malaysia Oversight

Akmal mahu tindakan tegas, ahli akademik kata maafkan

By MkiniBM in August 4, 2025 – Reading time 2 minute
Akmal mahu tindakan tegas, ahli akademik kata maafkan


Insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Port Dickson, Negeri Sembilan mendapat reaksi berbeza daripada dua tokoh terkenal – Ketua Pemuda yang lantang, Dr Akmal Saleh dan ahli akademik yang berpendirian damai, Tajuddin Rasdi.

Seperti dijangka, Akmal yang dikenali dengan pendirian yang tegas, mempersoalkan permohonan maaf yang dibuat sama ada ikhlas ataupun sebaliknya.

ee5e543f5aabfc01ecee4ed04856d754

Merlimau itu menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap sekolah terbabit kerana tidak menghormati bendera negara dan permohonan maaf sahaja tidak memadai.

Katanya, bahawa bendera negara mesti dihormati dan bukan dihina selain mengecam apa yang disifatkannya sebagai kesalahan berulang yang diikuti dengan rasa kesal.

“Dari dulu lagi kami tekankan bahawa satu hukuman berat perlu diberi kepada pelaku yang tidak menghormati bendera Malaysia. Mana mungkinlah bendera terbalik tidak tahu, ataupun buat-buat tidak tahu.

“Kami desak Kementerian Pendidikan untuk ambil tindakan yang keras kepada pelaku ini sebelum ia jadi perkara yang dianggap remeh kerana buat dulu lepas tu minta maaf dan selesai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebaliknya, Tajuddin menyeru agar kementerian berlaku adil, sambil mengingatkan bahawa pihak kementerian sendiri pernah melakukan kesilapan berkaitan bendera sebelum ini.

“Sehingga kini, kita sebagai rakyat tidak tahu apa tindakan yag telah diambil,” kata pensyarah itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Profesor seni bina itu merujuk kepada kesilapan simbol bendera negara dalam satu laporan analisis keputusan peperiksaan yang diedarkan pada April lalu.

5f18ef8f28f80c0fd5f68c224e1198be

Kesilapan itu berlaku tidak lama selepas dua akhbar berbahasa Cina juga melakukan kesalahan serupa, yang ketika itu menyebabkan bekas menteri pendidikan, Malik menuntut pihak berkenaan bertanggungjawab.

Dengan merujuk kepada pendirian , Tajuddin menjelaskan bahawa dia tidak merasakan tindakan drastik perlu diambil dalam kes sekolah Cina ini.

“Pihak sekolah telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesilapan itu berlaku secara tidak sengaja dan itu sudah memadai bagi saya,” tambahnya.

Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berikrar akan mengambil “tindakan tegas” terhadap SJKC Chung Hua, Port Dickson.

Pihak sekolah telah memohon maaf berhubung insiden yang berlaku pada 1 Ogos itu.

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik.

ee5e543f5aabfc01ecee4ed04856d754

“Pihak sekolah menerima makluman mengenai perkara itu sekitar pukul 5 petang dan segera mengambil tindakan membetulkannya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook SJKC Chung Hua Port Dickson.



Source link