Malaysia Oversight

Akmal lepas jawatan ketua pemuda, Adun?

By MkiniBM in January 9, 2026 – Reading time 2 minute
Akmal lepas jawatan ketua pemuda, Adun?


Dr Akmal Salleh didakwa menyatakan menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Malaysia dan Merlimau di Melaka.

Menurut sumber yang rapat dengan , Akmal memaklumkan perkara itu kepada sekumpulan pemimpin Pemuda menerusi mesej WhatsApp semalam. Dia ketika itu masih berada di Shanghai, .

“Apabila orang Melayu telah bersuara, dan parti telah membuat keputusan.

“Sebagai orang yang terlalu sayangkan parti ini, aku akur dengan keputusan parti, tetapi apalah makna pemimpin jika kita tidak menghormati suara mereka?

“Maka dengan penuh rendah diri aku rasakan bahawa aku perlu ambil tanggungjawab keseluruhan untuk parti yang kita sayangi ini.

“Maka insya-Allah, selepas aku balik dari Shanghai ini aku akan meletakkan semua jawatan dalam parti dan juga jawatan saya sebagai wakil rakyat,” katanya dalam grup WhatsApp itu.

Dalam mesej itu, Akmal turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan pemimpin Pemuda Umno sambil merujuk kepada usahanya mendesak parti supaya keluar dari – yang kemudiannya ditolak oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Aku mengambil tanggungjawab atas segala yang terjadi.

“Suara rakyat di bawah telah kita suarakan dan bawa ke peringkat tertinggi parti dengan satu tujuan iaitu untuk pastikan Umno berada di hati setiap orang Melayu.

“Tapi kita tidak berjaya. Ini bukan salah sesiapa, tetapi aku ambil ini sebagai salah dan kelemahan diri aku sendiri,” katanya.

Sedang ditunggu di KLIA

Sabtu lalu, Akmal yang mempengerusikan Konvensyen Khas Pemuda Umno menggerakkan ahli untuk menyokong gesaannya supaya Umno bergabung dengan di blok pembangkang.

Difahamkan perkara itu turut dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik Umno pada Isnin.

Susulan penolakan Ahmad Zahid kepada gesaan tersebut, Akmal memuat naik mesej bersifat sindiran mengenai “berundur”. Ia kemudian mengundang cabaran daripada pemimpin PH supaya dia benar-benar meletakkan jawatan.

Menurut satu lagi sumber, pada akhir konvensyen tersebut, Akmal meminta senarai Pemuda Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaannya untuk meninggalkan .

“Daripada 190 bahagian Umno, hanya 51 membeirkan sokongan,” dakwa sumber itu sambil mendedahkan tangkap layar daripada kumpulan WhatsApp ketua-ketua Pemuda Umno bahagian.

Tangkap layar itu menunjukkan semua 14 Pemuda Umno bahagian di dan memberikan sokongan kepada Akmal, namun di Melaka sendiri, empat daripada enam ketua Pemuda Umno bahagian yang memilih pendirian sama.

Malaysiakini difahamkan Akmal dijadual pulang petang ini, dan sekumpulan pemimpin Pemuda Umno dipercayai sedang menunggu ketibaannya di KLIA.



Source link