Malaysia Oversight

Akmal jahil melampau tentang undang-undang

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
Akmal jahil melampau tentang undang-undang


Lawyers for Liberty (LFL) tampil mempertahankan Pemuda Terengganu berhubung kesilapan grafik Jalur Gemilang yang dimuat naiknya.

Sementara itu, Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh – yang menggesa polis menyiasat sayap negeri itu – menggunakan isu tersebut untuk terus meniup sentimen perkauman.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah LFL, Zaid Malek berkata Pemuda Terengganu tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang apabila memuat naik Jalur Gemilang dengan hanya 12 jalur, dan bukan 14 seperti yang sepatutnya.

3b0d21c47e03e32c76e634c065986ce8

“Gesaan terbaru Akmal untuk mengambil tindakan atas kesilapan bendera ini menunjukkan kejahilan melampau dirinya terhadap undang-undang.

“Prinsip asas undang-undang menyatakan seseorang hanya boleh disabitkan kesalahan jika mempunyai ‘niat’ untuk melakukannya. Ini dipanggil ‘mens rea’ dalam istilah perundangan,” katanya.

Menurut peguam itu, sama seperti dalam kes Pemuda Umno Terengganu dan sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang yang menaikkan bendera secara terbalik, tiada niat untuk menghina Jalur Gemilang.

471bb9bd6bb927b7677b60f99f90e203

Katanya, perkara itu jelas bagi semua rakyat Malaysia yang waras, dan kekecohan yang dibangkitkan Akmal tidak berlandaskan undang-undang mahupun logik akal.

“Kesilapan berlaku, dan bukan setiap kesilapan perlu jadi kes polis,” kata Zaid.

Isnin lalu, Pemuda Umno Terengganu memuat naik grafik silap itu – secara ironinya untuk mengecam kesilapan bendera di Pulau Pinang.

Ketua sayap itu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata pereka grafik terbabit tersilap dan terpengaruh dengan kesilapan-kesilapan bendera lain.

c572180ca20a9f2037d2e0de6b7285d5

Akmal kemudian menggesa polis menyiasat mereka, kononnya bagi menunjukkan pendirian konsisten terhadap isu tersebut.

Namun, Zaid percaya Ketua Pemuda Umno itu terpaksa mengecam pihaknya sendiri.

Pengarah LFL itu menegaskan pihaknya sedia memberikan khidmat guaman secara pro-bono atau percuma kepada mana-mana ahli Pemuda Umno Terengganu yang mungkin disiasat atau didakwa berhubung kesilapan Jalur Gemilang itu.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Akmal cuba menjadikan apa yang berlaku sebagai isu perkauman.

Dalam hantarannya, dia berterima kasih kepada Pemuda MCA Melaka kerana membuat laporan polis terhadap rakan mereka di Terengganu, dan mengulangi harapan agar polis mengambil tindakan tegas.

Namun, dia seterusnya mempersoalkan jika MCA turut membuat laporan terhadap pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang yang menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik – yang digelarnya sebagai “apek”.

Katanya, kegagalan MCA membuat laporan terhadap kes di Pulau Pinang itu mendedahkan bahawa parti itu adalah berat sebelah.

“Mereka (Cina) bersatu bab mereka, (tetapi)) kita masih lagi berpecah disebabkan fahaman politik.

“Bersatulah wahai bangsaku,” katanya.

7bbbaef4e2901853c7a5e8248da87428

Kejadian di Pulau Pinang itu mendapat perhatian umum pada Sabtu selepas tular video 20 saat yang menunjukkan pemilik kedai perkakasan tersebut memegang tiang dengan Jalur Gemilang terbalik, sementara seorang lelaki lain merakamnya.

Pemiliknya, Feng Jin Zhen, kemudian menjelaskan dia sebenarnya sedang mengukur panjang tiang besi sambil menggantung bendera dan tidak menyedari ia dalam keadaan terbalik. Katanya, dia segera membetulkannya sebaik menyedari kesilapan itu.



Source link