Malaysia Oversight

Akmal ancam protes depan Trump jika aktivis flotila tidak dibebaskan

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Akmal ancam protes depan Trump jika aktivis flotila tidak dibebaskan


Kritikan terhadap lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald ke Malaysia semakin memuncak ketika Israel dilaporkan menyerang lima kapal Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh, mendesak agar membatalkan jemputan kepada sekiranya aktivis Malaysia di atas kapal berkenaan tidak segera dibebaskan.

42842e1326cd613da46c6ebc5145f2d6

Jika tidak, katanya, Pemuda seluruh negara akan turun membantah di hadapan secara besar-besaran semasa lawatan presiden itu ke Kuala Lumpur hujung bulan ini.

“Biar kita berdepan dengan Trump secara terus!

“Sakiti mereka (Ativis GSF) sama dengan sakiti kami semua rakyat Malaysia. Bebaskan aktivis global sumud flotilla,” kata Merlimau itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu dilaporkan 13 rakyat Malaysia di atas lima kapal GSF terputus hubungan dengan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) selepas disekat tentera Israel di perairan Gaza.

Sehingga jam 6 pagi waktu Malaysia, lapan daripada mereka disahkan ditahan oleh tentera Israel – termasuk penyanyi Zizi Kirana (nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil) yang menaiki kapal Huga.

bed68b85d0bac51d2d3478c5ac3eb3c0

Turut ditahan ialah Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil di kapal Alma, manakala Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli berada di kapal Sirius.

Status lima yang lain – PU Rahmat, Norhelmi, Asmawi dan Norazman di kapal Estrella, serta pelakon Ardell Aryana di kapal Mikeno – masih belum diketahui.

Menurut Ketua Pengarah SNCC, Sani Araby Abdul Alim Araby, selain komunikasi yang diganggu dengan radar jammer, konvoi GSF turut berdepan serangan meriam air daripada kapal tentera Israel, yang menyasarkan kapal kecil untuk menghalang mereka memasuki Zon Merah R2.

d1b066e68061c7978fad68e4c4e8f104

Perdana Menteri Ibrahim sebelum ini mengecam keras tindakan Israel memintas GSF, sambil menyatakan ia mencerminkan keangkuhan Israel yang bukan sahaja menafikan hak rakyat Palestin, malah mencabar suara hati nurani dunia.

Pada Selasa lalu, Pejabat Perdana Menteri mempertahankan jemputan terhadap Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur bulan ini dengan alasan “prinsip diplomasi menuntut kita bercakap benar secara berdepan, bukan mengelaknya.”



Source link