Malaysia Oversight

Akaun WhatsApp Milik Menteri Dalam Negeri Digodam

By Amanz in May 27, 2025 – Reading time 1 minute


Sekuriti

Akaun WhatsApp Milik Menteri Dalam Negeri Digodam

May 27, 2025

Aman

Datuk Seri Saifuddin Nasution hari ini memaklumkan yang mana akaun WhatsApp milik beliau telah digodam. Perkara berkenaan ini telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Selari dengannya, ia diingatkan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang mesej yang diterima mengatakan adalah YB Datuk Seri Saifuddin Nasution atau Menteri Dalam Negeri, kerana pihak tidak bertanggungjawab berkenaan mungkin menyamar dan sebagainya.

Orang ramai juga turut diingatkan supaya lebih peka dengan sindiket penipuan melalui aplikasi media sosial, dan melaporkan tindakan penggodam kepada pihak berkuasa.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link