Malaysia Oversight

AIPA lulus 42 resolusi berkaitan politik, ekonomi dan sosial

By TheSun in September 21, 2025 – Reading time 1 minute
AIPA lulus 42 resolusi berkaitan politik, ekonomi dan sosial


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang berakhir hari ini meluluskan 42 resolusi merangkumi pelbagai isu berkaitan politik, ekonomi dan sosial.

Resolusi berkenaan meliputi aspek kerjasama politik-keselamatan, integrasi ekonomi, keterangkuman sosial, tindakan iklim serta pemerkasaan wanita dan belia, selain memperkukuh kerjasama antara Parlimen AIPA dengan ASEAN dan Parlimen Pemerhati.

Presiden AIPA 2025 merangkap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata resolusi tersebut penting dan boleh dibawa ke Parlimen negara anggota untuk diperbincangkan melalui jawatankuasa pilihan khas atau kaukus.

“Ini menjadi pendorong untuk Parlimen mengangkat isu-isu yang telah diputuskan, sekali gus membantu menyediakan asas kepada pembentukan undang-undang.

“Walaupun proses penggubalan undang-undang mengambil masa, lebih penting ialah proses pemikiran itu berlaku serentak di seluruh ASEAN,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini- Bernama



Source link