Malaysia Oversight

AI Generatif MAI-Voice-1 Menjana 1 Minit Audio Dalam Masa 1 Saat

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
AI Generatif MAI-Voice-1 Menjana 1 Minit Audio Dalam Masa 1 Saat


AI Generatif MAI-Voice-1 Menjana 1 Minit Audio Dalam Masa 1 Saat

August 29, 2025
Kecerdasan Buatan
Microsoft

Effi Saharudin

Microsoft AI (MAI) melancarkan model kecerdasan buatan terkini mereka MAI-Voice-1 yang boleh menjana audio sepanjang 1 minit dalam masa hanya 1 saat menggunakan 1 GPU sahaja. Ia telahpun digunakan Microsoft pada ciri Copilot Daily dan Podcasts dengan ia boleh diuji pengguna menerusi Copilot Labs hari ini.

MAI Voice 1

Menurut Microsoft, kerana kemampuan memproses yang amat pantas ini, MAI-Voice-1 ialah sistem menghasilkan perbualan paling cekap pernah dihasilkan. Pengguna boleh menjana cerita sebelum tidur dalam bentuk audio dengan hanya memasukkan beberapa prom.

Ciri yang boleh dilakukan oleh MAI-Voice-1 ini sama seperti yang juga dilakukan oleh Gemini dan ChatGPT. Yang menjadikannya menarik ialah kepantasan audio boleh dijana. MAI-Voice-1 dibangunkan khusus untuk pengguna yang memerlukan model AI yang pakar dalam mengikuti arahan dan memberikan respons yang berguna kepada pertanyaan harian.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link