AI DeepMind WeatherNext 2 Boleh Meramal Cuaca Sehingga 15 Hari
Effi Saharudin
Google DeepMind melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka WeatherNext 2 yang boleh melakukan ramalan cuaca sehingga 15 hari dengan ia sehingga 8 kali lebih pantas berbanding model leluhur. Menurut DeepMind ia juga boleh melakukan ramalan sehingga kejituan setiap jam.

WeatherNext 2 telahpun diintegrasikan ke dalam Search, Gemini, Pixel Weather dan Google Maps bagi memberikan ramalan cuaca yang lebih tepat kepada pengguna platform-platform milik Google ini. Ratusan situasi ramalan cuaca boleh dilakukan oleh WeatherNext 2 dari satu titik masa dalam masa kurang satu minit menggunakan hanya satu Google TPU.
Model AI WeatherNext 2 ialah sebuah lagi AI yang dibangunkan Google untuk meramal cuaca. Ciri ramalan taufan sehingga 15 hari lebih awal yang dilancarkan Jun lalu sebenarnya menggunakan WeatherNext 2 tetapi tidak diumumkan pada ketika itu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






