Malaysia Oversight

Ahmad Samsuri layak kemudi PN jika beliau Presiden Pas-Bersatu Kelantan

By Utusan in January 8, 2026 – Reading time 2 minute
Ahmad Samsuri layak kemudi PN jika beliau Presiden Pas-Bersatu Kelantan


KOTA BHARU: Kedudukan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Naib Presiden ‘menyulitkan’ parti itu untuk mengemukakan cadangan melantik Menteri Besar Terengganu ke jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, mengikut perlembagaan PN, jawatan Pengerusi mesti setaraf atau lebih tinggi daripada pengerusi parti-parti komponen, sekali gus menolak kemungkinan seorang Naib Presiden parti menduduki jawatan tertinggi dalam gabungan itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, selagi tidak memegang jawatan Presiden Menteri Besar Terengganu itu tidak boleh mengetuai PN.

“Kalau mahu lantik Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN, beliau perlu menjadi Presiden . Sekarang beliau hanyalah Naib Presiden Pas.

“Mana lebih tinggi, Presiden atau Naib Presiden? Bagaimana seorang Naib Presiden boleh menjadi Pengerusi PN sedangkan jawatan itu berada jauh di atas Presiden parti-parti komponen,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ahmad Samsuri diyaki­ni boleh memperkuatkan PN bagi meng­hadapi Pilihan Raya Umum Ke-16, dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang.

Ahmad Samsuri juga mempunyai imej teknokrat dan profesional, bakal memberi imej baharu kepada PN sekali gus akan memberi keyakinan semula ke­pada rakyat untuk bersama gabungan tersebut.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Yassin, menguatkan lagi spekulasi pelantikan beliau sebagai Pengerusi PN yang baharu.

Setiausaha Politik Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan itu berlangsung selepas Ahmad Samsuri mendapat mandat daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Samsuri sebelum ini antara nama disebut-sebut menggantikan sebagai Pengerusi PN. Malah, Naib Presiden Pas itu juga antara calon Perdana Menteri daripada Pas sekiranya parti itu memerintah.

Selain Ahmad Samsuri, Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin disebut-sebut mengisi jawatan Timbalan Pengerusi PN sekali gus bakal membentuk gandingan yang kuat seterusnya membawa wajah baharu kepada gabungan tersebut.-UTUSAN





Source link