Malaysia Oversight

Ahmad Fahmi kekal presiden Abim

By MkiniBM in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Ahmad Fahmi kekal presiden Abim


Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Ahmad Mohd Samsudin kekal menerajui pertubuhan belia itu bagi penggal kedua sesi 2025-2027.

Setiausaha Agung ABIM Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri berkata pelantikan itu diumumkan pada Muktamar Belia yang ke-54 yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), kelmarin.

Beliau berkata Timbalan Presiden disandang oleh Mohamad Saifuddin Abdul Latiff yang sebelum ini merupakan Yang Dipertua ABIM Perak, menggantikan Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar.

“Lima jawatan Naib Presiden diisi oleh Muhammad Aliemran Norasid, Dr Fatin Nur Majdina Nordin, Adli Zakuan Zairakithnaini, Dr Mohamad Haeqal Ishak dan Salman Mohd Yusop,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut memaklumkan jawatan Penolong Setiausaha Agung disandang oleh Muhammad Dzul Aiman Zulkefly manakala Setiausaha Kewangan oleh Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim.

“Muktamar ini menandakan satu titik perubahan strategik dalam hala tuju gerakan ABIM sebagai wadah kepimpinan belia , lebih-lebih lagi dalam konteks zaman Gen Z dan cabaran masa depan dunia pascanormal,” katanya.

Bernama



Source link