Malaysia Oversight

Ahli Umno khianati perjuangan datuk nenek mereka, kata Dr Mahathir

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
Ahli Umno khianati perjuangan datuk nenek mereka, kata Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli mengkhianati perjuangan generasi terdahulu yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dengan menyokong dasar yang menurutnya meletakkan Malaysia di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Dr Mahathir mendakwa, tindakan menyokong perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat menunjukkan parti itu sanggup menggadai kedaulatan negara demi kepentingan peribadi.

“Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan Tanah Melayu.

“Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang mereka perjuang dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini di bawah kuasa Amerika Syarikat.

“Kamu utamakan kepentingan diri kamu dan gadai tanah air. Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu,” katanya dalam kenyataan.

37b1731684a304d9fce94c120b0308c0

Dr Mahathir mendakwa perjanjian itu bukan sahaja membabitkan pembelian besar-besaran barangan Amerika, tetapi juga mengekang dasar luar Malaysia agar selari dengan kehendak Washington.

“Tak perlu kamu pertahan perjanjian ini. Selain dari bersetuju membeli hampir 1 trillion Ringgit barangan Amerika, kamu bersetuju menyokong dasar dan tindakan Amerika, kamu juga setuju merujuk kepada A.S. segala tindakan dan dasar hubungan Malaysia dengan negara lain supaya tidak bertentangan dasar dan tindakan A.S.

“Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala galanya ditentu oleh AS,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir juga menuduh menyimpang jauh daripada perjuangan asal parti itu.

99ce1cf4bbecdfbf42c2b24b0684e025

“Umno sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Bagi ahli dan wakil rakyat Umno, perjuangan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri,” tambahnya.

Pada 26 Okt lalu, Perdana Menteri, Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Donald menandatangani ART 2025 serta perjanjian mineral kritikal sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Menerusi perjanjian itu, kadar tarif purata antara Malaysia dan AS diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus, sekali gus membuka akses pasaran lebih luas bagi produk eksport utama negara.

Perjanjian itu mendapat kritikan dan kecaman pembangkang yang mendakwa terdapat klausa yang dilihat memaksa Malaysia menyesuaikan dasar luar mengikut sekatan atau polisi Amerika terhadap negara lain.

Bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan perdana menteri mengatakan tuduhan itu bersifat politik semata-mata.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan Malaysia berdepan risiko peningkatan kadar tarif ke paras asal 24 peratus atau lebih tinggi hingga 100 peratus sekiranya perjanjian itu tidak dimeterai.



Source link