Malaysia Oversight

Ahli Primatologi Terkemuka Jane Goodall Meninggal Dunia

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Ahli Primatologi  Terkemuka Jane Goodall Meninggal Dunia


Ahli Primatologi Terkemuka Jane Goodall Meninggal Dunia

October 2, 2025
Sains

Effi Saharudin

Jane Goodall tokoh pemeliharaan alam dan ahli primatologi terkemuka, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun di California. Goodall bertanggungjawab meningkatkan pemahaman sains mengenai cimpanzi menerusi pendekatan tinggal bersama haiwan yang sedang dikaji.

Semasa menggunakan teknik kajian ini pada dekad 1960an di Tanzania, Goodall dikecam ahli saintis lain yang selama ini hanya melakukan pemantauan dari jarak jauh. Dengan hidup dalam kalangan cimpanzi, Goodall mendapati beruk boleh menunjukkan emosi, mempunyai personaliti tersendiri dan menggunakan alat untuk melakukan tugasan seperti manusia.

Dr Jane Goodall

Penemuan cimpanzi menggunakan alat adalah antara yang terbesar kerana selama ini hanya manusia dipercayai mempunyai kemampuan ini. Beliau juga melakukan penemuan cimpanzi mampu merasa sedih disebabkan kematian ahli keluarga seperti manusia.

Selain meningkatkan pemahaman mengenai primat, mendiang juga menjadi aktivis mengenai perubahan iklim. Sejak 1970an hingga ke akhir hayat, Goodall menghasilkan puluhan dokumentari mengenai primat dan bagaimana pembangunan memusnahkan habitat mereka. Malahan beliau meninggal dunia di California untuk aktiviti menanam semula pokok yang musnah dalam kebakaran California.

Sebagai insan Generasi X, Jane Goodall dan David Attenborough adalah dua gergasi yang bertanggungjawab memperkenalkan kanak-kanak keindahan dunia haiwan liar dan mengapa ia perlu dipelihara menerusi siri di National Geographic.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link