Malaysia Oversight

Ahli politik paling ramai ditangkap rasuah jika SPRM, AGC tak pilih kasih

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Jika SPRM dan Jabatan Peguam Negara (SPRM) bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih, statistik rasuah akan berbeza, sindir Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan.

Menurutnya, ahli politik, dan bukannya penjawat awam, akan mendahului senarai itu.

“Dari utara ke selatan, timur ke barat, penjara Malaysia akan dipenuhi ahli politik, keluarga dan kroni mereka. Malah kita mungkin terpaksa membatalkan Parlimen kerana kekurangan korum,” katanya kepada Malaysiakini.

“Di sesetengah negeri, speaker DUN mungkin akan tidak dapat dikesan,” tambahnya, dipercayai merujuk kepada skandal perlombongan Sabah.

Arutchelvan mengulas pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bahawa penjawat awam membentuk sebahagian besar kes rasuah dengan 2,965 kakitangan sektor awam ditahan sejak 2015 hingga 30 Jun tahun ini.

Sebaliknya, sektor swasta menyaksikan 1,101 tangkapan kerana menerima rasuah dan 511 kerana menawarkan suapan. Ahli politik, bagaimanapun, di bahagian bawah senarai – hanya 31 ditangkap kerana menerima rasuah dan hanya enam kerana menawarkan suapan.

Arutchelvan berkata memandangkan senario semasa, adalah tidak menghairankan keberatan untuk mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, sebaliknya berkeras untuk menjalankan kajian terlebih dulu.

Sebelum ini, Azalina berkata masih mengkaji dan menilai cadangan pengasingan peranan itu tetapi berharap keputusan berhubung perkara itu dapat dicapai sebelum pilihan raya umum akan datang.

Arutchelvan berkata agensi penguatkuasaan bertindak apabila rakyat biasa terlibat, tetapi beralih kepada “gerak perlahan” apabila melibatkan ahli politik, saudara mereka atau sekutu mereka.

“Melainkan, sudah tentu, anda bukan sebahagian daripada elit pemerintah. Maka mereka menyerang anda dengan kuasa penuh undang-undang. Jika tidak, tiada siasatan. Dan jika dengan sesuatu keajaiban ada siasatan, ia akhirnya dicop ‘NFA’ (Tiada Tindakan Lanjut),” katanya.

Dia menambah bahawa amalan yang telah lama wujud ini kelihatan diteruskan di bawah Madani pimpinan Pakatan Harapan.

Memetik skandal Sabah sebagai “contoh yang jelas”, Arutchelvan menyatakan bahawa walaupun pelbagai video, mesej WhatsApp, dan dokumen, hanya dua telah didakwa.

“Bagaimana dengan yang lain? Ramai yang terlibat, termasuk speaker (Kadzim Yahya),” katanya.

Skandal perlombongan pertama kali didedahkan pada November tahun lalu apabila ahli perniagaan Albert Tei mengeluarkan video dan mesej WhatsApp yang didakwa menunjukkan beberapa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen cari gali mineral.

Tujuh bulan kemudian, dua dan Tei didakwa, menimbulkan persoalan mengapa orang lain – termasuk anggota kanan kabinet negeri – tidak didakwa.

Pada bulan Jun, Malaysiakini melaporkan enam lagi ahli politik didakwa terlibat. Sehingga kini, SPRM masih berdiam diri berhubung pendedahan ini.



Source link