Malaysia Oversight

Ahli PKR mungkin tolak kempen agresif Rafizi

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
Ahli PKR mungkin tolak kempen agresif Rafizi


Kempen calon timbalan presiden , Rafizi Ramli yang dilihat agresif mungkin tidak dapat diterima ahli parti, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dia berkata strategi kempen Rafizi setakat ini mencetuskan persepsi negatif, khususnya kerana cara dia menghebohkan hal dalaman parti ke mata umum.

“Pada pendapat saya, cara Rafizi berkempen agresif dan mungkin tidak dapat diterima oleh ramai ahli parti.

“Sebabnya, ahli parti ini macam keluarga. Walaupun keluarga ada (dalam kalangan) yang tidak bersetuju (dengan cara Rafizi).

68f910633d604d95673f9a47378194d2

“Jadi apa yang berlaku dalam keluarga, kita selesaikan dalam keluarga.

“Bila dihebohkan di luar, ia akan mengundang respon tidak baik,”,” kata Sim seperti dilaporkan BH Online.

Sim – salah seorang 11 calon yang merebut empat kerusi naib presiden – berpendapat Rafizi tidak mungkin melunakkan pendekatannya.

Sebaliknya, dia menjangkakan Rafizi akan terus mengekalkan nada ‘menyerang’ dalam kempennya.

3d2d32e328a539d9e7777dd3a540002f

Sim turut membandingkan Rafizi dengan seorang lagi calon jawatan nombor dua PKR .

“Jadi saya nampak menggunakan pendekatan damai. Dia tidak menyerang balik. Dia telan saja.

“Buat masa sekarang saya nampak kempen Rafizi akan terus macam itu (agresif). Nasib baik tempoh berkempen (pemilihan PKR pusat) pendek bukan panjang. Ada (lebih kurang) lima hari lagi.

‘Kembalilah’ Rafizi

“Saya mengharapkan kawan baik saya iaitu Rafizi selaku rakan seperjuangan supaya kembali kepada asas. Kenapa kita sertai parti ini?

“Kita sertai parti ini sebab hendak lakukan perubahan.

“Dalam perjuangan ini memang ada banyak naik dan turun. Memang banyak cabaran. Kalau boleh, kembalilah sebagai satu pasukan,” kata Sim lagi.

Malam tadi, memberi amaran keras bahawa perpecahan dalaman boleh menyebabkan PKR hancur dalam tempoh lima ke 10 tahun.

7c23106352e07820202bd1a9b26a2c0e

Izzah turut menggesa ahli-ahli parti bersatu selepas pemilihan PKR dan memberi keutamaan kepada kelangsungan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tumpuan utama pemilihan PKR kali ini banyak terarah kepada pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah – anak kepada perdana menteri merangkap presiden PKR, Ibrahim – dan Rafizi.

Selain berikrar akan meletak jawatan sebagai menteri sekiranya tewas dalam pemilihan, Rafizi juga tidak menapis kata-kata dalam siri kempen,malah lantang mengecam beberapa tokoh dalam PKR.

Dia turut memecah tradisi apabila menolak untuk merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanita PKR, sambil menegaskan pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah baru-baru ini diadakan tanpa pengetahuannya – meskipun dia pengarah pilihan raya parti.

Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres Pemuda dan Wanita, dijadual berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru manakala pengundian kepimpinan pusat akan diadakan pada 23 Mei.



Source link