Malaysia Oversight

Ahli parlimen, ADUN perlu waspada e-mel ugutan guna taktik phishing

By TheSun in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Ahli parlimen, ADUN perlu waspada e-mel ugutan guna taktik phishing


GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi mengingatkan orang ramai termasuk Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri () agar lebih berwaspada terhadap e-mel ugutan yang dipercayai dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan taktik ‘phishing’.

Menteri Komunikasi Datuk Fadzil berkata notis peringatan mengenai perkara itu telah disalurkan melalui Setiausaha Dewan Rakyat pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya melibatkan e-mel yang mengandungi pautan atau kod QR.

“E-mel berkenaan dipercayai mengandungi elemen perisian hasad yang boleh menggodam peranti penerima sekiranya pautan diklik. Ia juga mungkin bersifat ‘phishing’ iaitu maklumat peribadi dan keselamatan boleh diceroboh.

“Setakat ini, dipercayai e-mel tersebut datang daripada sumber yang sama, menggunakan maklumat terbuka termasuk alamat rasmi dan gambar profil daripada laman sesawang Dewan Rakyat, Dewan Negara serta DUN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh iaitu Choo Kar Chun, 44.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang agensi berita berkenaan Arul Rajoo Durar Raj.

juga berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung jumlah Ahli Parlimen yang menerima e-mel berkenaan dan pihak Google juga telah diminta membantu siasatan.

Mengulas lanjut, beliau menasihati semua pihak supaya memperkukuh keselamatan siber masing-masing termasuk menukar kata laluan sekurang-kurangnya sekali setahun dan mengaktifkan pengesahan dua faktor.

“Kita perlu sentiasa berwaspada dalam era Internet yang semakin pantas dan penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan. Penjenayah siber sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan.

“Contohnya, jika terima pautan fail aplikasi (APK) daripada mesej tidak dikenali seperti jemputan perkahwinan, jangan sekali-kali membukanya kerana itu adalah taktik untuk menggodam peranti dan aplikasi mesej kita,” katanya – BERNAMA



Source link