Malaysia Oversight

Agong titah budaya buli perlu dibendung sejak di sekolah rendah

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Agong titah budaya buli perlu dibendung sejak di sekolah rendah


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Seri Paduka Baginda bertitah, budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

97eeb929965263ef3e4b1779eef055c2

Sultan Ibrahim bertitah, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak usia kecil mengenai perkara ini, dan melalui kempen berkenaan mereka dapat dibimbing memahami erti saling menghormati serta berdisiplin,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah penggubalan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 turut membuktikan komitmen dalam membanteras isu tersebut secara tegas.

Seri Paduka Baginda bertitah usaha membendung budaya buli juga memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah itu ditangani secara menyeluruh.

c5ade6db0c388b8c949ab7e1ce90013e

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fadzil di Istana Negara.

Pada sesi itu, mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan yang sedang dilaksanakan bagi membanteras gejala berkenaan.

turut mempersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2025 kepada Seri Paduka Baginda.

– Bernama



Source link