KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku hari ini. Pertemuan antara Seri Paduka Baginda dengan Perdana Menteri itu diadakan secara tertutup. Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan sesi menghadap berkenaan merupakan sebahagian daripada urusan rasmi Seri Paduka Baginda bersama Ketua Kerajaan Persekutuan. Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sesi menghadap itu dipercayai untuk mempersembahkan senarai nama barisan Kabinet baharu kerajaan.…






