Malaysia Oversight

Agenda bumiputera diteruskan, Cina & India miskin juga dibantu

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 2 minute
Agenda bumiputera diteruskan, Cina & India miskin juga dibantu


PARLIMEN l Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Ibrahim hari ini menyaksikan meneruskan agenda ekonomi bumiputera, sambil memperkenalkan inisiatif bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi masyarakat Cina dan India yang berpendapatan rendah.

Di bawah inisiatif kesembilan dalam rancangan itu, berkata Madani akan mengambil pendekatan inklusif bagi memastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati manfaat daripada pembangunan negara.

eeb53d74ed8b0b44dac085e5e7fd0b71

“Kita mahu beralih daripada pendekatan penyelesaian berasaskan kaum kepada satu konsep yang memberi penyelesaian berdasarkan keperluan sebenar rakyat.

“Pelbagai program di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun memberi peluang keusahawanan kepada semua,” katanya semasa membentangkan cadangan RMK13 di Dewan Rakyat petang ini.

Antara inisiatif berfokuskan bumiputera yang akan diteruskan dalam pelan pembangunan lima tahun itu termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) – yang bertujuan melahirkan lebih ramai profesional bumiputera.

turut memberi tumpuan untuk melatih lebih banyak syarikat bumiputera agar bersedia disenaraikan di pasaran saham, termasuk penganjuran program ‘lari berganti perniagaan’, serta menyediakan sokongan institusi kepada usahawan bumiputera dalam sektor rantaian bekalan dengan sasaran melahirkan 10 syarikat bernilai lebih RM500 juta.

a43606e2219edf0e65b53d9fab83ffac

“Program Gate to Global akan diperkasa untuk meningkatkan daya saing usahawan bumiputera di peringkat global melalui pembangunan kapasiti dan produk, pemadanan eksport, serta pemasaran digital.

“Pembangunan sosioekonomi bagi bumiputera Sabah dan Sarawak juga akan diperkukuh.

“Ini termasuk meningkatkan peluang perniagaan dengan menyediakan premis komersial, bantuan pembiayaan, dan latihan perniagaan,” kata .

Masyarakat Cina dan India

Bagi masyarakat Cina dan India berpendapatan rendah, perdana menteri berkata RMK13 akan memperkenalkan pelan komprehensif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan dan perumahan.

Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan bagi mengukuhkan kedudukan sosioekonomi kampung-kampung baru Cina menerusi inisiatif yang dinamakan “Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru”.

0172229356a25471234108ea8a2ab220

Anwar berkata lebih banyak inisiatif pendidikan dan pembangunan bakat untuk masyarakat India juga akan dilaksanakan di bawah RMK13.

Antaranya termasuk program sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bertujuan meningkatkan peluang kerjaya untuk masyarakat tersebut.

“Kita juga akan melaksanakan inisiatif pembaikan rumah dan memperkukuh tadbir urus bagi komuniti India.

“Infrastruktur dan kemudahan awam akan ditambah baik untuk meningkatkan capaian rangkaian sosial serta kualiti hidup masyarakat Cina dan India, termasuk golongan wanita, belia dan warga emas,” katanya.

Komuniti Orang Asli

Bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti Orang Asli, kerajaan merancang untuk mengkaji semula Akta Orang Asli 1954.

194754ff81332f9055d041d325ca80f7

Langkah ini, menurut Anwar, bertujuan memperkukuh kerangka undang-undang berkaitan hak pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur komuniti tersebut.

“Semakan dasar akan dilakukan bagi membolehkan Orang Asli menikmati manfaat yang sama seperti komuniti lain,” kata perdana menteri.



Source link