Malaysia Oversight

AGC tutup kes laporan dakwa PM campur tangan siasatan SPRM

By MkiniBM in November 5, 2025 – Reading time 2 minute
AGC tutup kes laporan dakwa PM campur tangan siasatan SPRM


PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA) berhubung siasatan polis terhadap laporan Bloomberg tahun lalu yang mendakwa perdana menteri campur tangan dalam urusan SPRM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata arahan NFA daripada AGC itu dikeluarkan memandangkan “tiada keterangan yang mencukupi”.

“Walau bagaimanapun, kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.

“Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam ketika menjawap soalan lisan ahli Parlimen Besut, Che Mohammad Zulkifly Jusoh.

ca796c2d2b3ec5f5cec999de78f0187c
Che Mohammad Zulkifly Jusoh (PN-Besut)

Azalina memaklumkan bahawa kertas siasatan oleh polis telah dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut susulan laporan yang dibuat oleh SPRM kepada pihak polis.

Dalam jawapannya, Azalina turut menyatakan bahawa dalam kes yang melibatkan fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, tiada tempoh had masa ditetapkan bagi memfailkan tindakan jenayah berkaitan fitnah.

“Akta Majlis Media Malaysia 2025 telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa mulai 14 Jun 2025.

“Maka, apa-apa isu berhubung laporan media, termasuk etika kewartawanan, boleh dirujuk kepada majlis ini sebagai badan pemantau yang berperanan memperkukuh profesionalisme dan akauntabiliti media di negara kita,” katanya.

Dia turut mengulangi jaminan bahawa walaupun komited mempertahankan hak kebebasan bersuara rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak tersebut bukanlah mutlak.

d4e3c1529871d96bb84a3e560c5c3722

Pada September tahun lalu, Bloomberg yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, didakwa terlibat dalam “penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang” berhubung beberapa siasatan terpilih oleh agensi antirasuah itu.

Tuduhan tersebut dikatakan melibatkan penindasan politik yang tertumpu kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, dengan balunya, Na’imah Abdul Khalid, membuat laporan polis terhadap berhubung dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, polis dan AGC kemudiannya mengklasifikasikan laporan Na’imah sebagai NFA.

Laporan Bloomberg turut mendakwa bahawa mengarahkan Azam supaya tidak menyiasat bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham dalam syarikat HeiTech Padu Bhd.

Syarikat penyedia perkhidmatan teknologi itu dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen bernilai RM1 bilion.



Source link