Malaysia Oversight

AGC rayu keputusan mahkamah hak 40% Sabah

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bertarikh 17 Okt, yang mengarahkan persekutuan mengadakan semakan semula bersama negeri Sabah berhubung geran khas 40 peratus seperti termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan notis rayuan itu telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 13 Nov.

AGC turut merayu terhadap dapatan mahkamah berhubung ketiadaan bukti yang menunjukkan wujudnya semakan berterusan antara persekutuan dan kerajaan negeri.

[Berita penuh menyusul]



Source link