Malaysia Oversight

AG jangan biarkan Najib terlepas lagi – NGO

By MkiniBM in May 27, 2025 – Reading time 2 minute

Beberapa NGO sekali lagi mendesak Peguam Negara, Dusuki Mokhtar mengemukakan pertuduhan baru di mahkamah terhadap bekas perdana menteri berhubung kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kumpulan NGO tersebut turut menggesa Perdana Menteri, Ibrahim yang juga menteri kewangan supaya menyahklasifikasikan dokumen-dokumen kementeriannya bagi membantu pihak pendakwaan mengendalikan kes itu.

“Rakyat Malaysia tidak mahu melihat Najib dilepaskan sepenuhnya atau dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DAA) hanya kerana kegagalan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa dalam tempoh yang sewajarnya,” kata mereka pada satu kenyataan hari ini.

“Jika akhirnya Najib memperoleh DAA sama ada akibat kegagalan AGC memfailkan semula pertuduhan, atau kerana Kementerian Kewangan enggan menyahklasifikasikan dokumen penting, maka mesti memikul sepenuhnya tanggungjawab politik.

722a76176b711d25ed6ed68d0ccee7ca

“Sebagai menteri kewangan dan perdana menteri yang memegang kuasa ke atas pelantikan Peguam Negara, peranan beliau penting dalam memastikan akauntabiliti kes ini,” tambah mereka.

Kenyataan itu dimulakan secara bersama oleh NGO Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama), Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas Malaysia) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram).

Bersama beberapa NGO lain, mereka pernah mengeluarkan kenyataan sama pada Februari lalu dengan tuntutan serupa.

Pada November lalu, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah, diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada enam pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan nilai RM6.6 bilion.

b5c4e2edf5a5dd49f6352fefe013cb4c

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan beberapa dokumen sulit penting kepada pihak pembelaan untuk persediaan kes mereka.

Kes tersebut berkait dakwaan pembayaran wang berjumlah RM6,636,065,000 kepada IPIC.

Dalam pada itu, kumpulan NGO berkenaan mengkritik kerana mempersoalkan apa yang dilihat sebagai “obsesi” segelintir pihak terhadap Najib dan skandal 1MDB.

“Anwar diingatkan dengan penuh hormat bahawa tuntutan rakyat Malaysia terhadap kedaulatan undang-undang dan penolakan kekebalan terpilih dalam kes melibatkan penyelewengan dana awam — yang menjadi asas kepada kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) — adalah sah dan tidak seharusnya diperlekehkan sebagai ‘obsesi’,” kata mereka.

8fde8817a2e5e02d350fd76645a12789

Mereka turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap membisu AGC dalam soal mendakwa semula Najib, dan memberi amaran tindakan itu hanya meningkatkan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan Najib terlepas daripada pengadilan selama-lamanya.

“Mahkamah Persekutuan telah menegaskan bahawa DNAA hanya boleh diberikan dalam keadaan yang luar biasa.

“Tanpa justifikasi sebegitu, mahkamah seharusnya memberikan pembebasan penuh.

“Melihat kepada keseriusan dan skala pertuduhan terhadap Najib serta fakta bahawa DNAA telah diberikan, AGC mesti segera mengambil tindakan susulan dengan memfailkan dakwaan baru,” tegas kumpulan itu lagi.

Kenyataan itu turut disokong oleh lapan NGO lain termasuk Aliran, Engage, Islamic Renaissance Front dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan .

Sebanyak 17 individu lain juga menurunkan sokongan terhadap kenyataan tersebut.

[Baca berita asal]

Source link