Malaysia Oversight

Adun Warisan persoal keutamaan kerajaan

By MkiniBM in May 4, 2025 – Reading time 2 minute
Adun Warisan persoal keutamaan kerajaan


Seorang Warisan mengkritik keputusan persekutuan untuk mengurangkan subsidi bagi telur Gred A, B dan C, dengan membangkitkan jurang harga yang ketara antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Elopura Calvin Chong menyifatkan keadaan itu sebagai satu “ketidakseimbangan yang sangat ketara dan tidak adil”.

Chong mengingatkan langkah tersebut akan menambah beban rakyat Sabah yang sudah pun bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Lebih membimbangkan, harga telur gred A di Sabah mencecah RM22 sepapan manakala hanya RM12.60 di Semenanjung Malaysia. Adakah ini adil untuk rakyat Sabah? Di mana prinsip keadilan sosial yang sering dilaungkan oleh Madani?

“Bagaimana sebuah yang mengaku memperjuangkan nilai kemanusiaan dan keadilan boleh membiarkan jurang harga seperti ini terus wujud?” katanya dalam kenyataan.

Chong yang juga ahli Majlis Tertinggi Warisan juga mempersoalkan kerajaan yang menurutnya lebih mengutamakan warga asing berbanding rakyat sendiri.

“Adakah ini logik apabila pada masa sama (di saat subsidi dikurangkan) kerajaan memberikan pendidikan dan rawatan kesihatan percuma kepada warga asing, membelanjakan ratusan juta malah mungkin berbilion USD? Sedangkan subsidi untuk rakyat tempatan dipotong. 

“Kerajaan kini seolah-olah lebih ghairah membantu orang luar daripada menjaga kebajikan rakyat sendiri,” dakwanya lagi.

975cba703313cfe4fd24a25391a298f4

Pada 30 April lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan kawalan harga telur akan dimansuhkan, dengan subsidi 10 sen bagi setiap biji telur akan dikurangkan separuh bermula 1 Mei dan dihentikan sepenuhnya pada Ogos.

Kementerian tersebut berkata keputusan itu dibuat berdasarkan impak jangka panjang subsidi berterusan yang tidak mampan terhadap kewangan negara dan industri pengeluaran telur tempatan.

Makanan ruji

Bagaimanapun Chong berkata langkah itu berisiko memburukkan lagi masalah kos sara hidup, terutamanya di kawasan seperti Sandakan, di mana bekalan telur tempatan adalah terhad.

“Saya menerima banyak aduan telur tempatan amat sukar didapati. Rakyat tiada pilihan dan terpaksa membeli telur import yang jauh lebih mahal. 

“Ini amat membimbangkan kerana telur adalah makanan asas dan sumber protein utama bagi kebanyakan keluarga.

“Kita perlukan pelan tindakan segera dan jangka panjang untuk pastikan bekalan telur mencukupi dan mampu milik. Kerajaan tidak boleh terus berdiam diri. Kebajikan rakyat mesti menjadi keutamaan utama,” kata Chong lagi.

Sementara itu, Free Malaysia Today memetik pengarah urusan Mydin Ameer Ali Mydin sebagai berkata, harga telur mungkin naik kira-kira 10 sen susulan pemansuhan kawalan harga, namun dia yakin pasaran akan stabil.

Oleh kerana tiada kawalan harga, harga telur mungkin akan naik 10 sen dan akhirnya, apabila lebih banyak bekalan di pasaran, harga akan stabil,” katanya seperti dipetik.

Pada masa ini, harga siling telur ditetapkan kepada 42 sen (Gred A), 40 sen (Gred B) dan 38 sen (Gred C) sebiji, dengan subsidi menelan belanja kira-kira RM100 juta sebulan oleh kerajaan.



Source link