Malaysia Oversight

Adun Amanah, PAS pengerusi bersama kokus demokrasi rentas parti

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
Adun Amanah, PAS pengerusi bersama kokus demokrasi rentas parti


pelbagai parti di lima negeri hari ini mengadakan pertemuan bersama sebagai sebuah kokus untuk memberi tumpuan kepada isu-isu pendemokrasian reformasi institusi.

Kokus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) peringkat negeri yang diusahakan oleh Bersih dan kumpulan pemikir Ideas itu dipengerusikan bersama oleh Beserah, Andansura Rabu () dan Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (Amanah).

Bercakap pada pelancaran rasmi kokus itu di Kuala Lumpur hari ini, Andansura dan Hafidzah menggariskan tiga bidang tumpuan mereka iaitu pembiayaan politik; dana pembangunan kawasan pilihan raya; dan memperkukuh mekanisme semak dan imbangan di peringkat negeri.

Mereka mengenal pasti isu itu sebagai antara topik perbincangan di parlimen, tetapi sering diabaikan oleh DUN walaupun ia memberi kesan secara langsung kepada orang ramai.

“Ini adalah langkah yang kami ambil untuk memperkukuh dan memperhalusi amalan demokrasi di negara ini.

“Kita bawa ke peringkat negeri supaya dapat dirasai sehingga ke akar umbi,” kata Andansura.

fa8546fb64ee362056ce405143100d61
Andansura Rabu

Hafidzah pula berkata kokus berkenaan ditubuhkan untuk menggalakkan persaingan politik yang lebih adil dan tadbir urus yang lebih telus di peringkat negeri.

“Sebelum ini terdapat banyak perbincangan di peringkat persekutuan mengenai reformasi institusi dan penambahbaikan tadbir urus demokrasi.

“Kami rasa sudah tiba masanya untuk membawa perkara ini ke peringkat negeri supaya aspirasi kita untuk demokrasi yang lebih kukuh dapat dirasai di akar umbi,” katanya.

Mengenai isu dana pembangunan kawasan pilihan raya yang menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan ahli parlimen pembangkang persekutuan, Andansura melahirkan harapan agar kokus itu akan meneliti peruntukan untuk Adun bagi memastikan keadilan dalam perkara itu.

ef7cfb7c59b76c8f5552bcf7a72bd29d
Dr Hafidzah Mustakim

“Kami akan mengadakan perbincangan dengan melihat amalan di setiap negeri, peruntukan yang diberikan kepada Adun berbeza-beza bergantung kepada tanggungjawab dan budi bicara setiap menteri besar, jadi tidak sama.

“Ini yang kami akan siasat lebih lanjut untuk memastikan keadilan untuk semua,” katanya.

Ahli lain dalam kokus itu ialah Amira Aisya Abd Aziz (Muda – Puteri Wangsa), Rajiv Rishyakaran (DAP – Bukit Gasing), Wong Chai Yi ( – Simpang Pulai), Chan Chun Kuang ( – Semambu), Asilan Zin ( – Limbongan), Chua Wei Kiat ( – Rawang).

sepatutnya mempunyai wakil namun kini kosong berikutan kematian Ishsam Shahruddin baru-baru ini.

Selain wakil rakyat, kokus itu juga melibatkan tiga kumpulan masyarakat sivil – Agora Society, Bait Al-Amanah, dan Reform.

[Baca berita asal]



Source link