Adobe Premiere Kini Mempunyai Color Mode Untuk Penggredan Warna Profesional Lebih Mudah
Effi Saharudin
Penggredan warna yang baik membezakan video yang nampak amatur dan profesional. Dalam dunia suntingan video, sejak kebelakangan ini DaVinci Resolve mendapat perhatian ramai kerana sistem penggredan warannya yang cantik tetapi lebih penting ia mudah digunakan.
Minggu ini Adobe memperlihatkan ciri baharu Color Mode untuk Premiere yang membawakan ciri penggredan warna profesional dan mudah seperti di Resolve. Color Mode dicipta untuk digunakan editor video dengan mudah tanpa memerlukan mereka mempunyai kepakaran seorang colorist.

Ia terbina terus dalam antaramuka Premiere dengan beberapa pratetapan tersedia boleh digunakan yang kemudiannya disunting lagi oleh pengguna bagi mendapatkan warna yang dikehendaki dalam kepala. Ini kemudiannya boleh disimpan dalam profil peribadi. Kawalan yang boleh dilakukan adalah saturasi, hue dan luminance.
Color Mode boleh digunakan dalam Adobe Premiere (beta) hari ini untuk Premiere dan Creative Cloud Pro.
