Malaysia Oversight

Adobe Akan Perkenal Aplikasi Firefly Untuk Android Dan iOS – Memudahkan Penjanaan Gambar AI

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute


Adobe Akan Perkenal Aplikasi Firefly Untuk Android Dan iOS – Memudahkan Penjanaan Gambar AI

April 25, 2025

Aman

Adobe hari ini memperkenalkan kemaskini untuk Firefly dengan model baharu yang lebih baik. Selari dengannya juga, Adobe kini berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan aplikasi khusus untuk Firefly bagi pengguna peranti Android dan iOS tidak lama lagi.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menjana gambar berasaskan kecerdasan buatan terus pada peranti dengan mudah bila-bila masa. Langkah ini turut dijangka memudahkan penghasilan idea kreatif ketika berada dimana-mana, sebelum mengembangkannya lagi.

Buat masa ini, Adobe tidak menyatakan tarikh pengenalan aplikasi Firefly lagi. Tetapi dengan pelbagai penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan menawarkan aplikasi masing-masing, semestinya Adobe tidak ingin ketinggalan, dan kehilangan pengguna.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link