Malaysia Oversight

Adakah ketepikan hakim itu selesaikan krisis, tanya Zaid

By MkiniBM in July 16, 2025 – Reading time 2 minute
Adakah ketepikan hakim itu selesaikan krisis, tanya Zaid


Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, hari ini mempersoalkan sama ada tindakan menyingkirkan nama seorang hakim kanan yang dikaitkan dengan dakwaan campur tangan kehakiman sudah memadai atau tidak untuk menyelesaikan krisis pelantikan kehakiman sekarang.

Dalam kenyataan terbuka yang ditujukan kepada Rafizi Ramli dan , Zaid bertanya, adakah cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) itu sebahagian daripada konspirasi lebih besar atau dibuat kerana ada arahan daripada pihak atasan.

“Atau adakah anda berpuas hati mengisytiharkan perkara itu selesai hanya kerana namanya tidak dikemukakan kali ini?” katanya di X.

Tambah Zaid, orang ramai berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Sama ada kita mahu kebenaran dan akauntabiliti, atau kita meneruskan budaya amnesia terpilih,” kata Zaid lagi.

Rafizi yang juga bekas menteri ekonomi sebelum ini melahirkan kebimbangan bahawa “golongan maha kaya” yang terlibat dalam skandal VK Lingam mungkin sekali lagi memainkan peranan dalam krisis kehakiman ketika ini.

Dalam kenyataan pada 14 Julai, pula menekankan bahawa perkara paling penting dalam menjamin sistem kehakiman yang bebas adalah memastikan tiada campur tangan – sama ada dari dalam atau luar – pada institusi tersebut.

Dia yang kini menjadi Timbalan Presiden juga mengulangi pendiriannya bahawa mereka yang dilantik ke jawatan tertinggi kehakiman bukan sahaja perlu berkebolehan, tetapi juga memiliki integriti moral tertinggi untuk melaksanakan tugas.

Rafizi sebelum ini memberi amaran bahawa hakim kanan yang dikaitkan dengan dakwaan campur tangan kehakiman itu berkemungkinan bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]



Source link