Malaysia Oversight

Ada tangan gatal provokasi Umno tinggalkan K’jaan Perpaduan

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
Ada tangan gatal provokasi Umno tinggalkan K'jaan Perpaduan


Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan ahli parti perlu berfikir panjang dan bertindak secara bijak dalam menghadapi provokasi politik yang bertujuan memecahbelahkan .

Menurutnya, terdapat pihak yang sengaja mencetuskan pelbagai isu untuk menaikkan emosi ahli , dengan harapan parti itu bertindak melulu dan meninggalkan Perpaduan.

Beliau, yang juga Menteri Luar, berkata demikian ketika berucap pada sesi pergulungan Perhimpunan Agung Umno 2025 di kuala Lumpur, hari ini.

“Ini pandangan saya… ada tangan-tangan gatal yang kini cuba untuk mengusik garis merah parti,” katanya.

5d8f1a351221d864e25300b58f1465da

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu kekal mendukung Perpaduan demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Umno perlu segera melahirkan barisan kepimpinan pelapis yang kompeten, berilmu, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta geopolitik semasa bagi memastikan parti itu kekal relevan dalam landskap politik tanah air.

Beliau, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, menekankan parti itu tidak lagi boleh bergantung kepada idealisme kosong atau retorik semata-mata; sebaliknya, ia memerlukan pasukan mantap dan bijaksana bagi mengatasi cabaran pasca kehilangan kuasa.

Bernama



Source link