Malaysia Oversight

‘Ada perjanjian, bukan Umno saja sorong tengkuk pada DAP’

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 2 minute
'Ada perjanjian, bukan Umno saja sorong tengkuk pada DAP'


menegaskan penyertaan parti itu dalam kabinet bersama DAP dibuat berasaskan perjanjian yang jelas dan bukan sekadar berkompromi tanpa syarat atau “menghulur tengkuk”.

Timbalan Presiden , Mohamad Hasan berkata perkara itu perlu sentiasa diingatkan, terutama kepada pihak yang mungkin terlupa dengan syarat-syarat kerjasama tersebut.

“Kita berada dalam ini kita ada perjanjian, kita bukan saja sorong tengkuk kita, ada garis merah yang kita letakkan dan itu sebabnya saya ingatkan semula jika ramai orang yang terlupa.

“Contohnya rakan-rakan kita saya sebut dalam ucapan perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri, bahawa walaupun kita dalam kabinet yang sama tetapi jangan ambil mudah,” tegasnya kepada media di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini.

76a7cb3a5e74d86a03429938e5d39d7b

Mohamad mengulas gesaan pemimpin yang menggesa meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda “rumah bangsa” yang dicadangkan parti itu.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung , Syahir Sulaiman, dilaporkan mencadangkan Umno memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi membolehkan agenda penyatuan ummah menerusi konsep rumah bangsa direalisasikan.

Ahli parlimen Bachok itu turut mendakwa agenda DAP tidak boleh diterima oleh orang Melayu, meskipun parti itu kini bekerjasama dengan Umno melalui perpaduan.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga menteri luar negeri menafikan dakwaan bahawa Umno bekerjasama dengan DAP.

8a06131a25ea93d39998324b9fb4a70d

Menurutnya, Umno tidak pernah “bersama” DAP tetapi hanya memeterai satu perjanjian bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat diteruskan selepas Perikatan Nasional (PN) menolak pembentukan bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kita tak pernah bersama pun dengan DAP, kita buat perjanjian untuk mengurus negara. Umno atau berjanji kerana kita nak selamatkan negara, kerana negara tidak berkerajaan lebih lima hari selepas PRU untuk pertama kalinya.

“Selepas PRU ke-15, Malaysia tiada siapa yang boleh tubuhkan kerajaan, dan saya telah menyatakan dua hari selepas PRU supaya PH dan PN tubuhlah kerajaan. Tetapi mereka tak boleh nak tubuh kerajaan.

“Apabila mereka tak boleh nak tubuh kerajaan PN menolak, jadi kami dipanggil (Yang di-Pertuan Agung).

b52692fa768a8e5ced64e01c0e1f0d5c

“Keutamaan kami ketika itu adalah untuk kesejahteraan negara, supaya negara diurus, negara tidak berkerajaan itu tidak baik dan akhirnya rakyat akan menerima akibat,” jelasnya lagi.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan jawatankuasa penyatuan rumah bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, sama ada secara individu atau secara berkelompok.



Source link