Malaysia Oversight

Ada hikmah buat PKR apabila Rafizi kalah

By MkiniBM in November 20, 2025 – Reading time 2 minute
Ada hikmah buat PKR apabila Rafizi kalah


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menyifatkan kekalahan bekas timbalan presiden Rafizi Ramli yang gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mei lalu sebagai perkembangan yang positif.

Menurut ahli parlimen yang lantang itu, keputusan tersebut — yang turut menyaksikan Rafizi berundur daripada Kabinet — membuka ruang baharu kepada ahli parlimen Pandan itu untuk memberi sumbangan secara lebih bebas di luar .

06362fe29cc11c444f564d222fb3d871

“Yang mendapat rahmat dari perkembangan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah .

“Apabila Rafizi terus hidup dan berpolitik dengan aktif untuk menyumbangkan idea-ideanya yang segar di dalam Parlimen dan di podcast di media sosial maka ia membantu menghidupkan terus harapan rakyat terhadap ,” katanya.

Pada pemilihan PKR Mei lalu, Nurul Izzah secara rasmi menang perebutan jawatan timbalan presiden dengan menewaskan Rafizi.

Anak presiden PKR itu memperoleh 9,803 undi daripada kira-kira 15,000 perwakilan yang mengundi namun jumlah undi yang diperoleh Rafizi tidak didedahkan.

Hassan berkata, dengan wujudnya fenomena baru di luar , Rafizi kini masih kekal sebagai seorang anggota PKR yang tetap setia dengan idealisme reformis yang jujur memihak kepada rakyat jelata dan bukannya golongan elitis kelas berkuasa.

3cab8c80176bbfc86ba032602fb21d21

Justeru katanya, bekas menteri ekonomi itu dan ahli-ahli parlimen sependirian dengannya berupaya menjanjikan masa depan yang cerah untuk PKR di masa hadapan.

Menurut Hassan lagi, rakyat mulai nampak suatu realiti bahawa Madani pimpinan Perdana Menteri, Ibrahim dan PKR yang didukung oleh lebih sejuta anggota adalah dua entiti yang berbeza.

“Kerajaan Madani mungkin timbul atau mungkin tenggelam dalam Pilihanraya Umum ke-16 akan datang.

“Tetapi dengan perkembangan terbaru PKR dan fenomena Rafizi maka PKR mungkin akan terkesan sedikit bersifat sementara tetapi ia boleh cepat bangkit semula dengan lebih kuat meneruskan perjuangannya,” katanya.

Hassan juga menyorot perbezaan pendirian parti terhadap Perjanjian Timbal Balik Tarif (ART) yang ditandatangani antara dan Presiden Amerika Syarikat Donald pada 26 Oktober lalu.

f99085dfd52125317472940cf120f678

Katanya, isu itu membabitkan dasar dan kedaulatan negara, menjadikannya titik perbezaan penting antara perdana menteri dan beberapa ahli parlimen PKR, termasuk Rafizi.

Walau demikian, Hassan memuji kepimpinan parti — khususnya Anwar — yang menurutnya tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota yang lantang mengkritik perjanjian tersebut.

“Setakat ini tiada tindakan disiplin diambil terhadap ahli parlimen PKR yang mengkritik kerajaan. Dalam hal ini, penulis tabik hormat kepada Anwar,” katanya.



Source link