Malaysia Oversight

Acer Memperkenalkan Amadana – Jenama Paparan Baru Yang Berpaksikan Estetika Minimalis

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Acer Memperkenalkan Amadana – Jenama Paparan Baru Yang Berpaksikan Estetika Minimalis


Acer Memperkenalkan Amadana – Jenama Paparan Baru Yang Berpaksikan Estetika Minimalis

September 3, 2025
Acer

Nazrin

Selain daripada penawaran komputer riba dan komputer desktop, Acer juga dikenali untuk penawaran paparan skrin mereka dari siri Predator, Nitro dan lain-lain. Kini, sewaktu acara next@Acer di Berlin, Acer telah memperkenalkan sebuah lagi jenama paparan skrin, yang dinamakan Amadana yang dilihat berpaksikan estetika minimalis.

batch P 20250903 122720

Dalam siri paparan ini, Acer telah memperlihatkan dua buah paparan skrin jenama Amadana, termasuklah Amadana 16APM1QJ dan Amadana 27ART0 P1. Amadana 16APM1QJ merupakan sebuah paparan skrin panel IPS mudah-alih dengan saiz 15.6 inci yang menjanjikan sudut pandangan yang lebar dan juga olahan warna jitu yang jarang diperlihatkan pada paparan skrin mudah-alih yang lain.

batch P 20250903 122726

Paparan skrin ini mempunyai tapak yang membolehkan pengguna untuk menggunakan paparan skrin ini secara mendatar ataupun menegak, bergantung kepada keperluan mereka. Dari segi sambungan, ia hadir dengan palam Mini HDMI dan juga USB Type-C, dan sambungan kedua membolehkan paparan ini dikuasakan menggunakan satu sambungan kabel sahaja.

Amadana 27ART0 P1 pula merupakan sebuah paparan skrin ZeroFrame IPS dengan saiz 27 inci dengan resolusi WQHD dan kadar segar semula 144Hz yang juga menyokong teknologi Dynamic Refresh Rate 60Hz dan 120Hz bergantung kepada spesifikasi komputer yang disambungkan kepada paparan skrin ini.

batch P 20250903 122805

Bercakap mengenai spesifikasi komputer, paparan Amadana 27ART0 P1 juga hadir dengan sokongan untuk sambungan palam HDMI dan juga VGA, menjadikannya sebuah paparan skrin yang sesuai untuk pelbagai jenis komputer yang digunakan.

Acer akan mengumumkan butiran lanjut mengenai jualan paparan skrin ini tidak lama lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link