Malaysia Oversight

Acara Warzone tiada kelulusan KBS

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Acara Warzone tiada kelulusan KBS


Penganjuran acara sukan tempur Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebarang penganjuran sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara.

“Bagi sebarang penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak mendapatkan kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, Akta 576,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acara International Influencer Super Lightweight Champion WWC dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini di N9 Arena, Negeri Sembilan.

Klip video yang memeparkan kekecohan pada sesi ‘face-off’ acara itu menjadi tumpuan di media sosial sebelum ini.

Klip video berkenaan dikongsi di media sosial WWC sebagai promosi acara dan menimbulkan kritikan dalam kalangan komuniti sukan tempur di negara ini yang menyifatkan ia menampilkan gimik berlebihan.

Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali turut menegur pempengaruh Yusuf Azmi, yang merupakan antara peserta sorotan utama acara itu, sebagai memalukan acara sukan tempur.

Yusuf, yang juga merupakan pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) dijadual bertarung dengan Yunus Martin dari Indonesia.

Selain peserta dari Malaysia dan Indonesia, acara itu turut menampilkan peserta dari Thailand, India, dan .



Source link