Malaysia Oversight

Abu Samah juara perseorangan dan beregu tenis kerusi roda di Itali

By TheSun in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Abu Samah juara perseorangan dan beregu tenis kerusi roda di Itali


KUALA LUMPUR: Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan menamatkan kempen cemerlang di Kejohanan Tenis Kerusi Roda Vicenza, Itali dengan merangkul kejuaraan acara perseorangan dan beregu.

Atlet berusia 40 tahun itu mempamerkan aksi gemilang pada final perseorangan apabila menewaskan wakil Austria Nico Langmann dengan straight set 6-4, 7-6 (5).

Beliau kemudian bergandingan bersama rakan senegara Mohamad Yusshazwan Yusof bagi acara beregu dan mengetepikan cabaran pasangan Itali Luca Arta dan Ivan Tratter 6-4, 6-3.

Abu Samah meluahkan rasa syukur melalui catatan di Facebook dengan menyatakan “Alhamdulillah, jadi juara perseorangan dan beregu”.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua serta meminta doa untuk kejohanan berikutnya. – Bernama



Source link