Malaysia Oversight

Abu Bakar Jais pangku jawatan Hakim Besar Malaya

By MkiniBM in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Abu Bakar Jais pangku jawatan Hakim Besar Malaya


Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais, akan memangku jawatan Hakim Besar Malaya mulai 15 November, sehingga jawatan tersebut diisi, susulan persaraan Hasnah Hashim minggu lalu.

Surat bertarikh 14 November yang ditandatangani Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, memaklumkan bahawa pelantikan itu dibuat mengikut Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

8afa63e7251c1df439bf38fe8ee70660
Hasnah Hashim

Seksyen tersebut membolehkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan dilantik untuk memangku jawatan hakim besar Malaya apabila berlaku kekosongan.

Abu Bakar, 63 tahun, yang juga hakim Mahkamah Persekutuan, mula memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pada 18 Julai tahun lalu, menggantikan Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai tahun yang sama.

Dia memulakan kerjaya kehakimannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Julai 2013, sebelum dinaikkan pangkat ke hakim Mahkamah Tinggi pada 2016, Mahkamah Rayuan pada 2018, dan Mahkamah Persekutuan pada 2023.

Abu Bakar turut menganggotai sebahagian daripada panel Mahkamah Persekutuan pada 2023 yang menolak permohonan untuk menyemak semula sabitan bersalah, hukuman penjara, dan denda berhubung salah guna kuasa RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.



Source link