Malaysia Oversight

Abu Bakar dari Bersatu jadi MB Perlis baharu

By Utusan in December 28, 2025 – Reading time 2 minute
Abu Bakar dari Bersatu jadi MB Perlis baharu


ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri () Kuala Perlis dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Hamzah menepati jangkaan apabila dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar itu diadakan dalam satu majlis istiadat di Istana Arau di sini hari ini

Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri itu mengangkat sumpah jawatan tersebut dihadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi mengantikan Mohd. Shukri Ramli yang melepaskan jawatan Khamis lalu.

Abu Bakar sebelum ini merupakan Exco negeri di bawah pentadbiran Mohd. Shukri sejak 2024 dan menjadi Kuala Perlis selepas Perikatan Nasional (PN) mentadbir Perlis pada 2022. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi PN negeri memenangi kerusi DUN Kuala Perlis.

Politik Perlis bergolak ekoran lapan PN termasuk tiga dari menandatangani akuan bersumpah untuk menarik sokongan terhadap kepimpinan Mohd. Shukri.

Ia membabitkan lima ADUN dari Bersatu dan tiga dari iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Ismail (Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji). 

Bagaimanapun, tiga kawasan berkenaan dikosongkan selepas ADUN-ADUN tersebut terhenti keahlian .-UTUSAN

 

 





Source link