Malaysia Oversight

Aaron Aziz tidak kenal pelakon adegan ranjang, anggap sekadar ‘umpan’ promosi

By Utusan in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
Aaron Aziz tidak kenal pelakon adegan ranjang, anggap sekadar ‘umpan’ promosi


KAJANG: Pelakon, Datuk Aaron Aziz, mengakui tidak pernah berselisih dengan pelakon adegan ranjang dalam klip video promosi drama Safira di set penggambaran.

Susulan itu, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, beranggapan klip video berdurasi 15 saat itu hanyalah bertujuan untuk memancing penonton dan bukannya sebahagian daripada babak dalam drama tersebut.

“Sejujurnya saya tak nampak sedutan itu, isteri saya yang tengok awalnya. Saya tak rasa itu adalah babak dalam drama itu.

“Mungkin mereka tambah sekadar untuk menghangatkan dan promosikan drama itu,” katanya yang hanya mengetahui tentang adegan itu setelah dimaklumkan isteri.

Malah, menurut Aaron lagi dia juga tidak pernah mengenali pelakon dalam adegan panas itu.

“Tapi bila saya yang tengok klip itu, saya tertanya siapa pelakon itu? Siapa perempuan dan lelaki itu, saya tak pernah nampak pun.

“Saya tak pernah jumpa mereka di set penggambaran pun,” kongsinya.

Ketika ditanya pandangan mengenai kaedah promosi filem menggunakan unsur seksual, Aaron beranggapan ia tidak bersesuaian namun terpulang kepada kearifan pihak produksi untuk membuat  pilihan.

”Entahlah, saya pun tak tahu. Kalau ikut dari segi budaya dan agama babak seperti itu sememangnya tidak perlu ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, video babak promosi kurang manis berdurasi 15 saat drama Safira mencuri perhatian apabila memaparkan adegan berunsur seksual di atas ranjang.

Warga maya mengecam tindakan tersebut yang dianggap tidak menunjukkan budaya adab sopan masyarakat haru ini.

Turut sama menjayakan drama arahan Ejump Mohd itu ialah Elvina Mohamad, Redza Rosli, Datuk Aaron Aziz, Sazzy Falak dan Emelda Rosmila. -UTUSAN





Source link