Malaysia Oversight

8 ditahan, lebih 1,000 pemain digantung

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
8 ditahan, lebih 1,000 pemain digantung


Pihak berkuasa Turkiye menahan lapan individu, termasuk pengerusi kelab bola sepak Eyupspor, Murat Ozkaya, sebagai sebahagian daripada siasatan meluas berhubung kegiatan pertaruhan haram dalam perlawanan bola sepak, lapor Xinhua.

Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) turut menggantung seramai 1,024 pemain di semua peringkat profesional sementara menunggu semakan disiplin dibuat.

Penahanan itu dibuat, lapor Xinhua, dijalankan selepas operasi besar-besaran yang diselaraskan oleh Bahagian Jenayah Siber Istanbul dan Pejabat Pendakwa Raya Turkiye.

Menurut penyiar , TRT, suspek yang terdiri daripada pegawai kelab dan pengadil telah dibawa ke mahkamah selepas siasatan yang dijalankan bersama oleh dua agensi berkenaan

Polis melaksanakan operasi serentak di 13 wilayah, termasuk Ankara, Antalya, Bolu, Diyarbakir, Istanbul, Izmir dan Trabzon.

Seramai 21 individu pada awalnya ditahan selepas pemantauan dan pemerhatian teknikal dijalankan.

TFF pada Isnin memaklumkan seramai 1,024 pemain dari pelbagai liga telah dirujuk kepada Majlis Tatatertib Bolasepak Profesional Turkiye kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan.

Kesemua mereka digantung sementara siasatan diteruskan.

“Berkaitan dengan siasatan pertaruhan ini, seramai 1,024 pemain telah dirujuk secara sementara kepada Majlis Tatatertib Bolasepak Profesional,” kata TFF dalam satu kenyataan.

Langkah menyeluruh itu diambil beberapa minggu selepas TFF menggantung seramai 149 pengadil dan penolong pengadil susulan dakwaan bahawa pegawai perlawanan tersebut turut membuat pertaruhan dalam perlawanan yang mereka kendalikan – satu pelanggaran langsung terhadap peraturan integriti bola sepak.

Bernama/Xinhua



Source link