Malaysia Oversight

6 Pihak Dilaporkan Membida Untuk Kontrak Sistem Tol Tanpa Palang – Termasuk TNG Dan Setel

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
6 Pihak Dilaporkan Membida Untuk Kontrak Sistem Tol Tanpa Palang – Termasuk TNG Dan Setel


6 Pihak Dilaporkan Membida Untuk Kontrak Sistem Tol Tanpa Palang – Termasuk TNG Dan Setel

November 10, 2025
Automotif

Aman

sedia menyatakan hasrat untuk mengimplementasi sistem tol tanpa palang di pelbagai lebuhraya dalam beberapa tahun lagi. Selari dengannya,  pelaksanaan sistem tol tanpa palang dilaporkan dibuka bidaan oleh Kementerian Kerja Raya, dan sekitar enam pihak telah menghantar bidaan masing-masing dalam membangunkan sistem tol tanpa palang berkenaan.

Menurut laporan TheEdge, enam pihak tersebut terdiri daripada pelbagai nama besar yang membentuk konsortium. Antara yang menghantar bidaan pelaksanaan sistem berkenaan adalah termasuk:

  • JustGo Digital (anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia)
  • Touch n Go, disokong oleh Prolintas (Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd)
  • Konsortium Jaringan (milik penuh YTL Communications) dan SEP Synergy, yang disokong oleh IJM Corp (menguruskan Sungai Besi Expressway, New Pantai Expressway, Lebuhraya Kajang-Seremban) dan Tailworks Corp Bhd (menguruskan Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya Grand Sepadu)
  • Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (menguruskan aset lebuhraya Kesas, Lingkaran Trans Kota, Sprint, dan SMART) bekerjasama dengan PayNet.
  • Setel Ventures Sdn Bhd (anak syarikat Petronas)
  • Syarikat usahasama antara keluarga diraja Malaysia dan konsortium Qatari, menggunakan teknologi Korea Selatan
ANPR Picture 1
PLUS sedia menguji penggunaan pengecam nombor plat untuk sistem tol tanpa palang

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan memenangi kontrak berkenaan. Mengikut laporan awal ini, ia dilihat setiap pihak bekerjasama dengan penyedia dan pengurus lebuhraya berbeza dalam membida.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link