Malaysia Oversight

5 bintang sorok perkahwinan – Utusan Malaysia

By Utusan in November 2, 2025 – Reading time 3 minute
5 bintang sorok perkahwinan - Utusan Malaysia


Dalam dunia glamor Hollywood, kehidupan peribadi selebriti sering menjadi tumpuan umum. Namun, di sebalik sorotan kamera dan liputan media yang tidak pernah berhenti, ada beberapa bintang terkenal memilih untuk ‘menyimpan’ kemas detik paling penting dalam hidup mereka jauh daripada perhatian ramai.

Trend perkahwinan rahsia semakin mendapat perhatian apabila beberapa selebriti ternama berjaya melangsungkan majlis mereka tanpa dihidu media dan peminat.

Berikut lima pasangan Hollywood yang berjaya mengekalkan privasi hari perkahwinan mereka!

SCARLETT

SCARLETT JOHANSSON & COLIN JOST

Ketika dunia bergelut dengan pandemik, pelakon Scarlett Johansson dan pelawak Saturday Night Live, Colin Jost, memilih untuk mengikat janji dalam satu majlis kecil di kediaman mereka di Palisades, New York.

Menariknya, perkahwinan tersebut tidak diumumkan oleh pasangan itu sendiri, tetapi oleh badan amal Meals on Wheels, yang berkongsi berita tersebut melalui laman media sosial mereka.

Mereka turut memaklumkan bahawa pasangan itu berharap agar berita gembira itu dapat menggalakkan orang ramai untuk menyumbang kepada kebajikan.

WhatsApp Image 2025 11 01 at 4.11.44 PM

DANIEL CRAIG & RACHEL WEISZ 

Pasangan pelakon terkenal Daniel Craig dan Rachel Weisz mengejutkan peminat apabila berita perkahwinan mereka hanya diketahui selepas majlis berlangsung. Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di

New York pada Jun 2011 dalam majlis tertutup yang dihadiri hanya empat orang tetamu.

Kedua-duanya memilih untuk merahsiakan hari bahagia itu atas alasan mahu mengekalkan privasi. Craig, yang sinonim dengan watak James Bond, pernah menyatakan kehidupan peribadi adalah perkara sangat penting baginya dan tidak perlu dijadikan tontonan umum.

WhatsApp Image 2025 11 01 at 4.12.51 PM

MARGOT ROBBIE & TOM ACKERLEY

Pelakon filem Barbie, Margot Robbie, juga antara selebriti Hollywood yang memilih untuk berkahwin secara tertutup. Robbie dan suaminya, Tom Ackerley, melangsungkan perkahwinan mereka di Byron Bay,

Australia pada Disember 2016 tanpa sebarang pengumuman awal kepada media.

Berita perkahwinan mereka hanya diketahui selepas Margot memuat naik gambar dirinya bersama cincin perkahwinan di media sosial. Sumber rapat mendedahkan bahawa pasangan itu mahu mengelakkan perhatian umum dan mengekalkan majlis yang sederhana serta intim, hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

WhatsApp Image 2025 11 01 at 4.14.03 PM

AMY SCHUMER & CHRIS FISCHER

Pelakon dan pelawak, Amy Schumer turut mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya berkahwin dengan cef, Chris Fischer pada Februari 2018. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup di

Malibu, California, hanya beberapa hari selepas pasangan itu menghantar jemputan kepada rakan-rakan terdekat.

Perkahwinan tersebut dihadiri oleh beberapa selebriti ternama seperti Jennifer Lawrence, namun tiada sebarang liputan media dibenarkan. Schumer kemudian menjelaskan bahawa dia tidak mahu menjadikan hari istimewa itu sebagai acara besar-besaran, sebaliknya hanya mahukan sesuatu yang peribadi dan bermakna.

WhatsApp Image 2025 11 01 at 4.14.52 PM

CAMERON DIAZ & BENJI MADDEN

Pelakon Cameron Diaz dan gitaris Good Charlotte, Benji Madden, juga antara pasangan selebriti yang memilih jalan sama. Mereka dikatakan berkenalan pada 2014 dan tidak menunggu lama sebelum mengikat tali perkahwinan pada Januari 2015.

Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di rumah Cameron di Beverly Hills dengan kehadiran keluarga dan sahabat rapat. Sumber memberitahu, pasangan ini sengaja memilih majlis kecil bagi mengekalkan suasana tenang dan jauh daripada perhatian media.





Source link