Malaysia Oversight

40% Rakyat Malaysia Mendengar Podsiar Secara Berkala – 60% Mendengar Melalui Format Video

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
40% Rakyat Malaysia Mendengar Podsiar Secara Berkala – 60% Mendengar Melalui Format Video


40% Rakyat Malaysia Mendengar Podsiar Secara Berkala – 60% Mendengar Melalui Format Video

September 19, 2025
Audio

Aman

Pada acara KLPodFest yang berlangsung hari ini, CEO Media Prima Audio berkongsi beberapa statisik menarik berkaitan dengan dunia podsiar, khususnya melibatkan pasaran Malaysia.

Mengikut data yang dikongsikan, kini hampir 40% rakyat Malaysia mendengar podsiar melalui pelbagai platform secara berkala. Ini sekaligus memperlihatkan potensi dan perkembangan yang sihat untuk arena podsiar di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Podsiar KLPodFest

Tidak setakat itu, sekitar 60% pengguna mendengarnya melalui format video, terutamanya melalui platform YouTube. Ini sekaligus memperlihatkan pengguna bukan hanya mendengar podsiar melalui format audio sahaja, tetapi turut melihatnya dalam bentuk visual. YouTube sedia menerajui arena ini, disamping Spotify yang turut telah membolehkan penerbit kandungan memuat-naik video podsiar ke platform tersebut.

Disamping itu, salah satu podsiar popular di Malaysia, Keluar Sekejap mencatatkan 200 juta capaian pendengar sepanjang 2024 yang lepas, dan untuk tahun 2025 setakat ini sahaja, mereka telah mencatatkan 270 juta capaian, sekaligus memperlihatkan potensi dan capaian yang boleh dilakukan oleh podsiar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link